loading...

JKKK Sokong Pembangkang Diminta Letak jawatan

KENINGAU – Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Pengerusi Jawatankuasa Dalam Bandar (JKDB) yang menyokong parti pembangkang dinasihatkan supaya meletak jawatan kerana percanggahan kepentingan.

Pegawai Daerah Keningau Yusop Osman memberi ingatan itu susulan aduan masyarakat setempat mengatakan terdapat pemimpin akar umbi yang secara senyap menjadi pengikut pembangkang.

“Kerajaan telah memberikan amanah dan tanggungjawab kepada anda (pengerusi JKKK dan JKDB) untuk menjadi mata dan telinga kerajaan.

“Anda diberi elaun bulanan yang sewajarnya dan adalah tidak sesuai jika anda berpihak kepada pembangkang, tetapi menikmati kemudahan

yang diberikan oleh kerajaan,” katanya ketika memberi taklimat kepada peserta Kursus Pengurusan dan Pentadbiran JKKK dan JKDB di sini hari ini.

Mengenai kursus itu, Yusop berkata ia sangat penting bagi memberi kefahaman kepada pemimpin akar umbi berkenaan tugas dan peranan mereka dalam mentadbir kampung.

“Kursus ini perlu diwajibkan kepada pemimpin akar umbi bagi memastikan JKKK dan JKDB benar-benar berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan,” katanya.

Kursus itu dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah dan disertai 94 pemimpin akar umbi dari kawasan Bingkor dan Liawan. – BERNAMA

Loading...


Previous
Next Post »
loading...