loading...

Jyoti Si Gadis Terkecil Dunia Ini Kahwin Lelaki India Warga Amerika?

Beberapa hari yang lalu, heboh dalam media sosial tentang khabar terbaru Jyoti Amge 23 tahun. Si gadis paling kecil dalam dunia ini dikatakan sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya warga Amerika berketurunan India.

Khabar perkahwinan ini mula tersebar apabila remaja warga Amerika berketurunan India tersebut memuatnaik gambarnya bersama Jyoti dalam Facebook. Kemudian ia menjadi tular di Facebook dan WhatsApp dengan status, “Akhirnya Amge (Jyoti) mengikat kasih. Amge mengahwini kekasihnya, jejaka yang berjanji untuk mencintainya seumur hidup.”

Walau bagaimanapun, Jyoti tampil menafikan perkara ini. Malah dia dan keluarganya membuat aduan terhadap remaja terbabit kepada Sayap Jenayah Siber Nagpur pada Isnin lepas.

“Selama dua- tiga hari ini, terdapat gambar yang tular di media sosial kononnya adik saya telah berkahwin dengan pemuda India warga Amerika. Malah namanya pun kami tidak tahu. Dia menyalahgunakan gambar tersebut. Kami ingin jelaskan – Jyoti belum berkahwin,” tegas Archana kakak Jyoti.

Sebenarnya gambar itu dirakam 3 tahun yang lalu. Menurut Jyoti pada tahun 2014, ketika berada di Amerika untuk menghadiri satu acara, dia telah bertemu dengan pemuda itu. Pada masa itu, pemuda berkenaan telah memuatnaik gambar tersebut ke Facebook dan dikongsi bersama rakan. Tapi kemudian telah memadamnya apabila diberi amaran oleh Jyoti.

Jyoti yang lahir pada 16 Disember 1993 mula terkenal apabila diisytiharkan sebagai wanita paling pendek di dunia oleh Guinness World Records, ketika menyambut harijadinya yang ke 18. Berketinggian 62.8cm (2 kaki 1 inci) dia menewaskan penyandang lama Bridgette Jordan yang 2 inci lebih tinggi darinya.

Walaupun berbadan kecil dengan berat 5kg kerana menghidap achondroplasia, Jyoti sama seperti gadis remaja yang lain. Dia suka bergaya, bersembang dalam telefon dan bercita-cita menjadi pelakon Bollywood.

Malah semasa di bangku sekolah, dia dilayan sama seperti pelajar yang lain. Saiz kecilnya tidak menjadi penghalang untuk bergaul dengan rakan sebaya.

Dengan ini perlu ditegaskan semula, berita perkahwinan itu cuma gossip semata-mata. Beginilah dugaan kehidupan kalau menjadi selebriti. Hidup tidak pernah sunyi dari gossip.

Artikel ini diolah semula dari sumber: The Hindu, Guinness World Records

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...