loading...

Akim Ahmad, Stacy Selamat Timang Anak Sulung

Tahniah kami ucapkan kepada Akim Ahmad dan juga Stacy kerana telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata pertama pada petang tadi (17 Februari) jam 5.17 petang. Berita gembira tersebut telah dikongsikan oleh Akim di laman Instagram.

BACA: Erin Malek, Suami Selamat Timang Cahaya Mata Kedua

“17.02.17 jam 17:17 di petang Jumaat, penghulu segala hari, isteri saya telah selamat melahirkan putri kami. Syukur, semuanya baik-baik sahaja, terima kasih diatas doa anda semua,” kata Akim bersama gambar yang dimuatnaiknya itu.

Perkongsian Akim turut mendapat ribuan ucapan tahniah daripada peminatnya di laman sosial tersebut malah ada yang mendoakan agar keluarga tersebut sentiasa dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

Apa yang pasti, kemeriahan akan bertambah dengan kelahiran penyeri terbaru dalam kehidupan mereka suami isteri. Semoga perjalanan keluarga ini akan dipermudahkan. (rtky/s)



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...