loading...

Vida Cabar JDT Lawan Dengan TRW

KUALA LUMPUR – Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman mencabar pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan The Red Warriors (TRW) sebelum permulaan saingan Liga Malaysia 2016.

 

Usahawan wanita itu berkata, beliau memilih JDT kerana menyifatkan ia sebagai pertemuan antara buku dengan ruas.

 

“Walaupun Selangor kuat, begitu juga Pahang dan Kedah tapi kita pilih dua teratas. Kita lihat Kelantan hambar tahun lepas tapi pasukan ini perlu lawan pasukan sama kuat.

 

“Perlawanan buku bertemu ruas antara JDT dan Kelantan,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai perjanjian penajaan dengan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) pada Jumaat.

 

Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau akan menghadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim bagi menyampai hasrat Vida itu.

 

“Perlawanan ini cetusan idea positif dan saya akan cuba sembah maklum kepada Tunku Mahkota Johor untuk sampaikan hasrat Datuk Seri Vida tadi,” katanya. – mstar

Previous
Next Post »
loading...