loading...

TPPA Rampas Hak Rakyat, Kata Tian Chua

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Batu dari PKR, Tian Chua menyatakan pendirian bersama PAS untuk membantah perjanjian TPPA kerana menurutnya perjanjian ini akan merampas hak rakyat.

 

“Isu kedaulatan negara, dengan tandatangan TPPA, kita dah ambil hak rakyat,” dakwanya ketika berucap di himpunan tersebut.

 

Tambah beliau lagi, perjanjian ini bukan hanya perjanjian perdagangan, tetapi juga satu bentuk penjajahan baru terhadapa malaysia.

 

“TPPA menunjukkan penjajahan baru, rakyat akan hilang kerja, ekonomi merosot.

 

“Tapi kalau kita gadaikan negara kepada kuasa asing, kita tidak akan dapat membangunkan negara,” katanya.

 

Ujarnya lagi, pemimpin yang ego dan tidak mahu mendengar desakan rakyatnya, harus ditumbangkan.

 

“Sekiranya pemimpin tidak mahu dengar kata rakyat, mereka perlu dibubarkan.”

 

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan pendirian pembangkang turut menyokong perjuangan PAS dalam bantahan Perjanjian TPPA. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...