Kuala Lumpur – Aktivis hak Melayu, Datuk Ibrahim Ali mengesyaki pihak tertentu telah merestui tindakan pemimpin UMNO Kedah yang menolak kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata tidak pernah di dalam sejarah pimpinan UMNO negeri berani mendahului Presiden parti.
“Secara logik, tindakan UMNO Kedah dan wakil rakyat berani bertindak demikian kerana sudah pasti ada restu dari pihak tertentu.
“Bila masa dalam sejarah pimpinan UMNO peringkat negeri berani bertindak mendahului presiden dan Perdana Menteri,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Ibrahim yang sebelum ini pernah bersama UMNO menyatakan suasana politik UMNO/ BN kini amat menggerikan.
“Suasana politik UMNO/BN amat menggerikan. Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam penjara, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula telah meninggal dan Pakatan
“Sepatutnya, ia telah mengembalikan keyakinan rakyat pada UMNO/ BN tetapi keadaan sebaliknya berlaku. PR telah mati dan lahir Pakatan Harapan, namun UMNO/ BN terus diserang penyakit demi penyakit,” ujar beliau lagi.
Pada masa sama, Ibrahim meminta agar tindakan pemimpin UMNO Kedah itu diharamkan untuk diikuti oleh mana-mana pemimpin negeri lain.
“Jika isu Mukhriz lemah, bagaimana pula negeri lain. Jika tindakan ini dihalalkan, maka ia boleh menjadi ikutan negeri-negeri lain.
“Datuk Mustapha Mohamad yang sudah lama menerajui UMNO Kelantan dan mempunyai jawatan-jawatan dalam kerajaan masih gagal menebus kekalahan BN di Kelantan. Adakah UMNO Kelantan berpuas hati dengan kepimpinan itu.
“Kalau asyik kalah saja, tetapi berpuas hati dan terus taat setia, maka mana lebih hebat antara UMNO Kedah dan UMNO Kelantan,” ujarnya.

Pangkat Datuk & Tan Sri Bukan Untuk Dibeli, B ...

Pesawat Rempuh Rumah, 2 Maut ...

Tiba2 Sesak Nafas! Wawa Zainal Risau Anak Terkena ...

Legenda Penjaga Gol Jerman, Oliver Kahn ...