loading...

Shahrom Hampir Berputus Asa

SEPANG: Penjelajah negara, Shahrom Abdullah hampir berputus asa ketika ekspedisi ke Kutub Selatan akibat dari kesukaran yang dihadapi ketika menuju ke destinasi terakhir ekspedisi itu.

 
“Pada hari ke-enam yang terakhir, saya mengalami kesukaran bernafas jadi saya terpaksa biarkan pasukan saya kehadapan jadi saya terpaksa di belakang. pada jam yang terakhir itu saya hampir-hampir menangis, kenapalah ssaya buat seperti ini, kenapalah saya buat ekspedisi ini.” katanya.

 

Namun, semangatnya berjaya dipulihkan  kerana dorongan dan semangat yang diberikan oleh keluarga dan kawan – kawan.

 

“Tapi dengan semangat, saya dapat teruskan dan menamatkan misi ini dengan jayanya, saya flashback balik kata-kata semangat dari kawan-kawan saya, so you boleh buat, mengapa tak boleh kan. Pada hari berikutnya, saya dapat recovery balik, sampai akhirnya.” ujar beliau.

 

Beliau yang tiba di tanah air pada pukul lima petang tadi berkata ketika ekspedisi itu, laluan yang berbonggol antara cabaran yang paling sukar untuk ditempuhi kerana memerlukan ketahanan yang tinggi.

 

“Pada minggu yang ketiga, keadaan bonggol yang tinggi, kita terpaksa naik turun dan kita tempuh lebih kurang empat hari, so itu yang agak perik jugaklah.

 

“saya dapat teammate yang bagus dapat berkerjasama, dapat berkomunikasi dengan bagus, sasaran 1 degree itu dapat dicapai empat hingga lima hari.” ujarnya ketika di temui di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) siang tadi.

 

Dalam pada itu, menurut Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua, terdapat perancangan untuk menakluk Kutub utara pula dan beliau akan cuba membawa Shahrom untuk menyertai ekspedisi itu.

 
“Saya akan syorkan kepada beliau untuk pergi ke kutub utara pula selepas ini. kita akan jadikan ini sebagai satu batu loncatan kepada pembanggunan ikon pada masa akan datang.” katanya.

 

 

Terdahulu, Shahrom berjaya menamatkan misi itu dalam masa 37 hari berbanding jangkaan awal iaitu 50 hingga 60 hari dengan hanya berski sepanjang mengharungi ekspedisi itu.

Previous
Next Post »
loading...