Respon Fasha Sandha mengenai punca penceraian dengan Jejai | Dalam linangan air mata, pelakon, Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha, 32, yang sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, mengucapkan terima kasih kepada wartawan sebaik dikerumuni selesai prosiding di mahkamah.
“Saya tak ada komen apa apa. Terima kasih,” katanya.
Bagaimanapun, dalam kenyataan media yang diedarkan, ibu tunggal kepada dua anak iaitu Putra Rayfal 2, dan Raysha Jemyma, 14 bulan, reda dengan apa yang sudah tertulis.
Berikut adalah respon Fasha Sandha mengenai punca penceraian dengan Jejai;
“Perceraian ini adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Saya sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini. Saya reda dan akan meneruskan kehidupan dengan dua anak saya,” kata Fasha sebelum meninggalkan mahkamah.
Manakala Jejai yang ditemani rakannya kelihatan menangis teresak-esak ketika keluar dari kamar hakim sebelum
Fasha memfailkan permohonan cerai pada 18 Januari lalu di mahkamah sama. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984.
Untuk makluman anda, Fasha Sandha dan Rizal berkahwin pada 27 April 2012 serta dikurniakan dua cahaya mata, Putra Rayfal, 2, serta Putri Raysha Jemyma, 1.
Sebelum ini, Jejai pernah berkahwin dengan pelakon, Nora Danish pada 20 Jun 2006 sebelum bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dianugerahkan anak lelaki, Putra Rayqal, 7. [BeritaHarianOnline]
Category: HIBURAN

Tukang Masak, Penganggur Dituduh Perdagang Rakyat ...

Honor Mungkin Skip Telefon Lipat Magic V4 ...

Apa Salahnya Kami Naik Kelas Ekonomi?- Fasha San ...

Mamat Sepah & Shuib Tunai Umrah Bersama Keluar ...