GEORGETOWN – Polis merampas 10 kotak mengandungi pil Eramin 5 bernilai kira-kira RM7.9 juta di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dekat sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Guan Beng Kang pada sidang media sebentar tadi, berkata dadah berkenaan dirampas pada jam 11 pagi hasil maklumat dan risikan polis selama
seminggu.
“Siasatan awal mendapati kotak yang diisytihar memuatkan beg tangan wanita berjenama itu tiba di kargo LTAPP pada 13 Januari lalu.
“Bagaimanapun, ia yang dialamatkan ke sebuah syarikat swasta di Georgetown, tidak dituntut,” katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan setakat ini, belum ada tangkapan dibuat. – BHarian

Macam Budak-budak! Guna Karikatur Tindakan Tak Mat ...

#hiburan: Lupakan Episod Hitam, Yusof Haslam Gembi ...

Up_tvet: Permohonan Institusi Tvet Mulai 14 April ...

Perdana Menteri Umum Mb Pahang Sebagai Penasihat P ...