Dengkil – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyumbang bantuan RM20,000 kepada Madrasah Tahfiz Al-Redzuan di sini yang terbakar Isnin lepas.
Sumbangan itu disampaikan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar kepada pengetuanya Ishak Jamil bagi pihak perdana menteri ketika melawat madrasah berkenaan di Kampung Dato Ahmad Razali hari ini.
Noh berkata sumbangan berkenaan akan digunakan untuk menaik taraf balai orang ramai yang terletak di hadapan bangunan sekolah untuk dijadikan asrama sementara bagi
Kejadian pada 8.15 malam itu menyebabkan bangunan dua tingkat yang menempatkan asrama dan dewan makan musnah terbakar dan kesemua pelajar kini diberikan cuti seminggu.
Sementara itu, Ishak berkata pihaknya amat berterima kasih terhadap keprihatinan perdana menteri dan sumbangan berkenaan akan digunakan sebaiknya untuk membeli kelengkapan seperti tilam, katil dan perabot.
Katanya, sumbangan orang ramai berjumlah RM20,000 turut diperoleh melalui akaun Masjid As-Sharif.

Pemandu Axia Ditumbuk Rancang Tindakan Saman, Moho ...

Kualiti Capaian Internet Di 92 Institusi Pendidika ...

#hiburan: Jemput Semua Media Datang Mahkamah, Say ...

Cctv Rakam Penunggang Kuda Tanpa Kepala ...