loading...

Perkasa Mahu Sidang Dewan Rakyat Tangguh Bahas TPPA

KUALA LUMPUR – Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali menyatakan pendiriannya dalam menyokong perjuangan PAS dalam membantah perjanjian TPPA.

 

Beliau yang memberi ucapan dalam perhimpunan bantah TPPA di Padang Merbok hari ini berkata, sekiranya perjanjian ini ditandatangani, ekonomi malaysia akan terjejas dan yang menerima kesannya adalah rakyat Malaysia.

 

“Perkasa mendapati Tun M turut menolak TPPA untuk mengelak negara dari dijajah oleh Amerika Syarikat,” katanya sebentar tadi.

 

Katanya lagi, bantahan yang dilakukan oleh Perkasa bukan berdasarkan politik, tapi berlandaskan keilmuan.

 

“Perkasa berpendapat, kita menolak TPPA bukan dasar politik, tapi pada dasar keilmuan kerana kita telah mengupas secara ilmiah tanpa sebarang pengaruh politik. Tanpa lain-lain agenda,” ujarnya.

 

Dalam ucapannya itu juga Ibrahim mendesak supaya sidang Dewan Rakyat ditangguhkan dahulu dari membahaskan TPPA.

 

“Pendirian Perkasa nombor satu, mahu tangguh sidang Dewan Rakyat ditangguhkan,” katanya. – SuaraTV

Previous
Next Post »
loading...