loading...

Objek Atas Pokok Disyaki Bom Hanyalah Kotak Kosong

KUALA LUMPUR – Penemuan sebuah objek yang disyaki bom di atas pokok berhampiran Kondominium Sri Putramas, Jalan Kuching di sini petang tadi hanyalah sebuah kotak kosong yang dibalut dengan plastik hitam.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Mohd. Sukri Kaman mengesahkan kotak berkenaan tidak mengandungi sebarang bahan atau isi.

 

“Polis melalui Unit Pemusnah Bom dan unit anjing pengesan (K9) telah membuat pemeriksaan 100 peratus ke atas bungkusan mencurigakan itu tetapi keputusan negatif dan tiada apa-apa bahan atau isi di dalamnya.

 

“Bungkusan tersebut hanya kotak kosong yang dibungkus plastik hitam sahaja,” katanya. -Kosmo

Previous
Next Post »
loading...