ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz menyatakan pendiriannya untuk mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar kerana menurut beliau telah diplih secara sah dan berharap dapat mengekalkan jawatannya secara sah juga.
“jadi kalau begitu, saya telah dipilih secara sah harap-haraplah dapat berkekalan secara sah jugaklah.”katanya.
Tambah beliau lagi, tiada sebarang masalah baginya untuk menyerahkan jawatan yang disandang sekiranya beliau sudah tiada sokongan rakyat terhadap kepimpinannya.
“Saya tiada sebarang masalah menyerahkan jawatan saya sebagai Menteri Besar, sekiranya rakyat tidak menyokong saya.”katanya ketika berucap dihadap penyokongnya siang tadi.
Dalam ucapannya lagi, sebagai anak Kedah, walaupun menghadapi provokasi dari egelintir individu, beliau masih akan mengekalkan cara kepimpinannya yang mengikut peraturan dan undang-undang.
“Saya mohon, saya minta pada waktu sama, kita ni sebagai anak Kedah kita dah kena tendang ke cabar dengan cara kitalah, sebab kita ni bukan langgar sesiapa,cuma nak ikut seperti mana yang kita buat selalu, ikut peraturan, ikut undang-undang”
Ujarnya lagi, beliau berharap agar semua orang di semua peringkat dapat memberikan kerjasama yang baik kepadanya dan kepimpinan agar pada PRU14 nanti, Barisan Nasional dapat mengekalkan kedudukannya.
“tapi kalau kita boleh tunjuk sebenarnya di peringkat akar umbi ini bukan setakat sokong tapi rakyat memberi kerjasama baik sehinggakan peluang kita untuk meneruskan kepimpinan Barisan NAsional PRU14 ini pun boleh diteruskan maka saya harap, tolonglah memberikan sokongan itu kepada saya.”