KUALA LUMPUR: Industri Media di Malaysia sedang mengalami transformasi berikutan ekonomi yang tidak stabil yang mengakibatkan pengurangan pendapatan dari pengiklanan dan memberi kesan terhadap beberapa laman sesawang khususnya untuk berita online.
Beberapa khabar angin dikalangan wartawan berkisar isu hak milik sesebuah organisasi media mungkin bertukar tangan semakin tersebar.
Rakyat Post yang diwujudkan selepas pilihan raya ke 13 dikatakan bakal mempunyai masalah kewangan berikutan penarikan diri pelabur menurut sumber yang boleh dipercayai.
Mereka juga dikatakan menghadapi krisis aliran tunai yang mengakibatkan pembayaran gaji dan berkemungkinan wartawan terpaksa untuk mencari pekerjaan lain.
Dikatakan, bekas penaungnya mempunyai pertalian dengan Datuk Seri Najib.
Dalam pada itu, Astro Awani bakal menghadapi transformasi apabila akan bertukar kepada berita berbahasa Inggeris bermula 1 April.
Dikatakan, pekerja wartawan bahasa melayu terpaksa meletak jawatan menurut sumber.
Namun bagi berita online untuk awani, masih tidak pasti akan terkesan terhadap transformasi ini.
Dalam pada itu, berita bahasa Melayu akan dimonopoli oleh RTM, saluran Media Prima iaitu TV3 and TV9 dan TV Al Hijrah.
Namun, kejutan bakal dilihat apabila The Edge bakal menjual Malaysian Insider untuk menyelesaikan isu permit penerbitan dan berkemungkinan bakal pembeli adalah individu yang mempunyai kaitan dengan Datuk Seri Najib.
Setelah digantung penerbitannya selama 3 bulan tahun lepas, the edge kembali beroperasi setelah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengugurkan pengantungan tersebut.
Beberapa organisasi media telah menerima amaran dari pejabat Perdana Menteri Supaya tidak memainkan isu yang boleh mendatangkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan seperti skaNdal 1MDB.
Sinar Harian dilihat hanya satu-satunya yang tidak mempunyai hubungan secara terus dengan UMNO.
Keuntungannya telah meningkat dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan lebih stabil berbanding media lain.