PETALING JAYA : Modus operandi penipuan terbaru mengunakan penderitaan orang lain untuk meraih derma telah menjadi viral di laman facebook.
Individu tersebut kononnya mempunyai anak yang mempunyai penyakit kronik dan memerlukan sejumlah wang untuk membantu dalam kos perubatan dan meminta orang ramai untuk memasukkan derma ke dalam akaun miliknya.
Individu yang mengunakan nama Muhammad Amirul turut meminta wang yang didermakan dimasukkan ke akaun Maybank miliknya dan turut memberikan nombor akaun miliknya
Namun netizen di laman facebook berjaya mengesan penipuan yang berlaku apabila beberapa kisah penderitaan yang memerlukan derma dari orang ramai menggunakan pemilik akaun bank yang sama.
Dalam pada itu, penguna di laman Facebook juga turut membandingkan maklumat surat beranak bagi kanak-kanak yang bernama Nik Nur Damia Marzlysya yang menunjukkan bahawa nama bapa sebenarnya adalah Abu Bakar bukannya Muhammad Amirul bagi membuktikan penipuan ini seperti yang telah menjadi viral di laman Facebook.

Didakwa Sudah Bertunang Senyap-senyap, Ini Jawab B ...

Kacip Fatimah, Bukan Sekadar Jamu Ini Khasiat Se ...

Kandungan Luar Rahim: Punca, Tanda Dan Rawatan Yan ...

Zulkifli Ismail Terpaksa Guna Mesin, Atasi Masalah ...