PETALING JAYA – Kenyataan Tun Mahathir berkenaan masalah yang dihadapi oleh Proton adalah disebabkan persepsi masyarakat bukan produk keluarannya telah menyebabkan beliau dikecam oleh nitizen di laman Facebook.
Antara komen pedas nitezen adalah dari Victor Robinson yang berkata kualiti Proton tidak akan berkembang sekiranya mereka masih mengamalkan budaya kerja yang tidak beretika dan mengamalkan konsep ‘kroni’.
“Hello mantan PM, lihatlah kualiti pekerja Proton!!! Yang kroni Tun ambil kerja yang malas, banyak cakap sedikit kerja, dasar memperkasa bumiputra walaupun budaya kerja tak beretika mana mau kualiti kereta Proton nak tingkat. Bangla dan Pakistan sama sama gunakan Islam untuk mencuri peluang kerja India di proton. Selagi Tun menidakan Rakyat Malaysia keturunan India, selagi itu kualiti proton tak akan naik. Hidup Toyata , hidup Honda, Hidup Nisaan.” katanya di laman facebook.
Pemilik akaun Penny B. S. Lim turut tidak bersetuju dengan padangan Tun M bahawa bukan persepsi masyarakat yang menjadi masalah tetapi masyarakat yang mengalami pengalaman yang
“Actually, it is not people’s perception that Proton cars are poor quality cars. It is people’s EXPERIENCE that Proton cars are poor quality cars.” ujarnya.
Menurut komen yang dimuat naik oleh pengguna facebook, bukan sahaja kualiti produk proton yang dipertikaikan, malahan masalah dalaman yang dihadapi oleh proton sendiri mengakibatkan kualiti produk yang tidak memuaskan seperti yang dinyatakan oleh pemilik akaun facebook IamSalau Eye Yo.
“everything negative swept under the carpet, if only the management is accountable n honest, but only little2 things escalate upward to top management, they dont know the real picture whats happening from thr ground” katanya dalam komen yang dimuat naik di facebook.
Antara lain, pemilik akaun JAmes Diong Din Dong turut meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan Tun M dengan menyatakan kualiti proton masih teruk.
“Say what u like, quality still s***. My saga wheel rusted and all stuck.” tulisnya.