loading...

Hina Sangat Ke Kerja Potong Rumput? – Dr Azizan

KUALA LUMPUR – Seorang pengguna sosial yang tidak dikenali berang setelah mempertikaikan jawapan yang diberikan pakar motivasi yang juga usahawan, Dr Azizan Osman mengenai berniaga dengan permulaan modal kecil.

 

Di Facebooknya, Dr Azizan berkata bahawa beliau memberikan contoh perniagaan tanpa memerlukan modal besar seperti upah potong rumput, cuci karpet, basuh dan basuh kereta, namun penjelasan yang diterimanya mengundang rasa marah individu tersebut.

 

“Orang ini marah bila saya cakap berniaga boleh berjaya dan bermula dengan modal kecil. Mulakan apa yang mampu.

 

“Saya beri contoh, dia boleh mulakan dengan ambil upah potong rumput, cuci karpet, basuh kereta kerana ini semua berniaga yang boleh mula tanpa modal besar, tiba-tiba dia marah bila saya cakap begitu.

 

“Ha, itu jawabnya. Apa hina sangat ke kerja potong rumput?,” katanya.

 

Sebelum itu, individu itu dengan marahnya mempertikaikan cadangan contoh perniagaan yang diutarakan Dr Azizan dengan menyamakan diri seperti ‘indon dan bangla’.

 

“Encik ingat saya ini Indon dan Bangla ke…nak buat kerja macam tu.. encik pun tak nak suruh anak encik kerja macam tu kan,” kata individu tersebut.

 

Namun dalam jawapan balasnya, Dr

Azizan berkata kerja-kerja yang dicadangnya itu disifatkan sumber rezeki halal di mana pernah dilakukannya satu ketika dulu.

 

“Kenapa nak tunggu jadi Bangla baru nak berniaga? Satu haru 10 rumah boleh dapat RM300-RM500, 30 hari? RM9,000-RM15,000.

 

“Lepas setahun dua, kumpul duit ada RM60,000-RM100,000 dah boleh mula berniaga karpet. Lama-lama jadi tauke karpet dan ada pekerja potong rumput dalam 20-40 orang. Dapatlah income RM50k ke atas sebulan.

 

“Yang tak Bangla ni buat apa? Dok berangan nak buka bisnes besar-besar pakai modal banyak? Tak nak mula dari bawah, kan?” soalnya.

 

Status tersebut mendapat sokongan daripada netizen yang setuju dengan Dr Azizan.

 

Zaidi Sanusi berkata: “Bangsa asing pun tahu negara ini lubuk rezeki berduyun-duyun berebut nak masuk sini. Macam-macam kerja ada semuanya berduit, ada kerja ada gaji jangan la memilih sangat.”

 

Farah Shahzaliana berkata: “Maaf cakap. Kadang-kadang orang Malaysia terutama sebahagian Melayu lebih suka disuap untuk bekerja. Tak nak susah. Semuanya nak disediakan depan mata.

 

Bagi Shahrin Mohamed: “Inilah orang yang tiada sikap untuk memajukan kehidupan. Bila tengok warga asing hidup senang salahkan warga asing.” – TheRakyatPost


Previous
Next Post »
loading...