PETALING JAYA : Beberapa Exco Kedah mahu Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd Najib Razak diberhentikan berbanding Dato’ Seri Mukhriz yang didakwa tidak bersalah.
Dalam satu kenyataan yang ditulis di akaun facebook Demi Negara, hal ini berlaku setelah rancangan MB Kedah itu untuk mengadakan Mesyuarat perhubungan UMNO digagalkan oleh pihak tertentu.
“Mereka yang KENYANG datang dari Kuala Lumpur, setelah mengagalkan semua rancangan MB untuk mengadakan Mensyuarat Perhubungan UMNO, balik ke Kedah untuk memecat Menteri Besar yang tidak bersalah bagi pihak Perdana Menteri yang diketahui seluruh dunia sebagai penjenayah. yang patut berhenti ialah Najib bukan Mukhriz.”
Dalam pada itu, dalam status yang dimuat naik oleh akaun milik Demi Negara turut mendedahkan Rakyat dan ahli-ahli UMNO dan sebahagian ahli UMNO perhubungan negeri kedah telah dijemput dalam satu perjumpaan untuk menyatakan hilang kepercayaan terhadap Dato’ Seri Mukhriz.
“Rakyat dan ahli-ahli UMNO dikedah terkejut, termasuk sebahagian ahli UMNO perhubungan Negeri Kedah, Wanita, Pemuda, dan puteri kerana dijemput oleh Ghazali Ibrahim, Johari Abdul, Azeez Rahim, Ahmad Bashah dan Jamil Khir ke satu perjumpaan, tanpa agenda untuk menyatakan hilang kepercayaan kepada Dato’ Seri Mukhriz sebagai MB” tulis dalam status yang dimuat naik oleh Akaun Demi Negara.
Dalam pada itu, ADUN Pendang, Suraya Yaacob telah memeberikan pengesahan terhadap status yang dimuat naik oleh akaun Demi Negara ini adalah benar.