DENGKIL – Pelajar Madrasah Tahfiz Al Ridzuan di Kampung Dato Ahmad Razali, dekat sini yang hilang tempat tinggal apabila asrama mereka musnah dalam kebakaran malam tadi, dibenarkan bercuti seminggu.
Pengetuanya, Ishak Jamil, berkata 30 pelajar terbabit berusia antara 11 hingga 16 tahun yang berasal dari sekitar Lembah Klang, dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
“Keluarga mereka sudah dihubungi untuk datang membawa
Selepas itu, pelajar akan ditempatkan di dewan komuniti berdekatan asrama hingga kerja pembersihan selesai dijalankan,” katanya sebentar tadi.
Kebakaran jam 9 malam tadi memusnahkan bahagian atas bangunan dua tingkat itu, termasuk dewan makan.
Ketika kejadian, pelajar sedang solat berjemaah di Masjid As Sharif bersebelahan asrama dan tiada kecederaan dilaporkan. – BHarian

Telefilem Rapun ...

#hiburan: Kebakaran Berlaku Di Saluran Paip Utama, ...

Mufti Kesal, Trend Menari Terima Duit Raya Di Tikt ...

Raya Lebih Meriah Dengan Hiburan Tanpa Henti, Dah ...