loading...

Waris Keluarga Mangsa Kemalangan Basikal Tuntut Keadilan

JOHOR BAHRU – Beberapa ibu bapa mangsa kemalangan basikal di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru pada minggu lalu berasa hairan dan mempersoalkan mengapa polis Johor masih belum bertindak terhadap pemandu wanita yang melanggar sehingga mati lapan remaja berusia 13 tahun hingga 16 tahun pada 18 Februari lalu.

 

Seorang bapa mangsa nahas itu, Amir Omar, 47, berkata, sejak anaknya, Mohamad Azhar, 16, terkorban dalam kemalangan itu, bagaimanapun polis tidak memaklumkan kepadanya mengenai tindakan yang bakal dikenakan terhadap pemandu kereta Nissan Almera yang me­langgar anaknya, lapor Kosmo.

 

Menurutnya, dia berasa sedih apabila pemandu itu dibebaskan begitu sahaja setelah polis ber­puas hati dengan keterangan yang diberikan.

 

“Saya berasa sedih apabila pemandu itu dibebaskan begitu sahaja seolah-olah ada muslihat dalam kes ini.

 

“Jangan ingat kerana kami ini nelayan, kami tidak tahu apa-apa mengenai undang-undang sehinggakan kes ini dibiarkan senyap begitu sahaja,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Senibong, Johor Bahru semalam.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...