loading...

Australia, Indonesia Pulih Hubungan Tentera

SYDNEY – Australia dan Indonesia hari ini mengumumkan hubungan ketenteraan antara kedua-dua negara dipulihkan, selepas tentera Indonesia menggantung kerjasama Januari lalu kerana bahan pengajaran ‘menghina’ ditemui di sebuah pangkalan tentera negara itu.

 

Perdana Menteri Malcolm Turnbull membuat pengumuman itu bersama Presiden Indonesia Joko ‘Jokowi’ Widodo yang tiba di sini semalam untuk lawatan pertamanya. “Presiden Widodo dan saya bersetuju memulihkan sepenuhnya kerjasama pertahanan, pertukaran latihan dan aktiviti,” kata Turnbull dalam sidang media di sini.

 

Lawatan Jokowi ke Australia diadakan kurang dua bulan selepas hubungan tentera kedua-duanya digantung, situasi yang mencetuskan pertelingkahan kecil diplomatik, menjurus permohonan maaf daripada ketua tentera Australia Februari lalu. Kerjasama tentera antara dua negara terdiri daripada latihan bersama dan antikeganasan hinggalah perlindungan sempadan.

 

Bahan ‘menghina’ yang dimaksudkan mengandungi maklumat yang mencadangkan wilayah Papua Indonesia perlu bebas dan mengejek ideologi negara itu. – Reuters/Bh



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...