loading...

Tak Lepak Sampai Lewat Malam Lagi, Mahu Luang Masa Berkualiti Dengan Anak-Anak

Setiap ibu bapa mempunyai perancangan awal, berapa ramai anak yang mereka inginkan bagi mewarnai kehidupan sebagai suami isteri. Ada yang mahukan anak ramai dan ada yang selesa jika hanya mempunyai bilangan anak yang tidak ramai.

Menurut sebuah artikel dari Astro Gempak, penyampai radio Muaz Mohamed, mempunyai impian untuk ada empat orang anak jika diizinkan.

Artikel Menarik: [Tak Dapat Lama, 15 Minit Pun Jadi Luang Masa Dengan Anak. Anak Ingat Sampai Besar Nanti!]

Katanya, memadai untuk dia memiliki dua cahaya mata kini dan seandainya dikurniakan rezeki dia ingin untuk mempunyai sekurang-kurangnya empat anak. “Saya membesar seramai tiga beradik sahaja, jadi rasanya sudah cukup untuk sebuah keluarga.

“Yang penting proses untuk menjaga dan memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Saya takut, kalau anak terlalu ramai sangat saya tak sempat nak memberikan kasih sayang seadilnya untuk mereka.

“Tetapi kalau ada rezeki apa salahnya. Cuma kalau ditanya keselesaan, punyai cahaya mata tiga ke empat orang sudah mencukupi.

“Paling penting, jaga amanah itu supaya apabila mereka dewasa kita tidak dipersalahkan kalau ada bahagian terlepas pandang ketika mereka sedang membesar,’ katanya kepada Gempak.

Berbahagia dikurniakan dua cahaya mata Emirza Mukhri, 5, dan Ezra Mikahail, 6 bulan, Muaz seronok melihat perkembangan kedua-dua arjuna hatinya itu.

Artikel Menarik: [Cukup 20 Minit Setiap Hari Luangkan Masa Dengan Anak. Anak Boleh Jadi Bijak & Hebat]

“Sejak Emirza ada adik baru, dia semakin penyayang dan menghargai apa yang ada di sekelilingnya.

“Walau ada kadang-kadang buat perangai tapi dia tak tunjukkan rasa cemburu pun apabila sudah ada adik,” tambahnya.

Muaz akui bergelar bapa muda memerlukannya memberikan komitmen terhadap kerjaya dan kehidupan untuk menyara keluarga.

“Cabaran utama saya untuk membahagikan masa dan jujur saya katakan saya banyak mengorbankan masa rehat saya dan berlibur.

Artikel Menarik: [Tidak Lama, Hanya Ada 12 Tahun Masa Untuk Luang Dengan Anak. Selepas Itu, Fokusnya Akan ‘Lari’ Dari Kita]

“Saya tidak lagi keluar melepak sampai lewat malam sebab mahukan waktu tidur yang cukup dan disebabkan itulah pada hujung minggu saya memperuntukkan masa untuk bersenam dan beriadah bersendirian di taman berhampiran tempat tinggal saya.

“Selain mempertingkatkan stamina, berlari juga misalnya menjadi ‘me time’ bagi saya sebenarnya,” katanya.

Sumber: Astro Gempak & Muaz Mohamed

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...