loading...

Lagi Sebulan Nak Bersalin, Shila Amzah Gigih Berenang Dan Main Gym Ball Untuk Mudahkan Bersalin!

Memasuki usia kandungan lapan bulan atau 32 minggu buat hati makin berdebar-debar. Melalui trimester ketika sememangnya membuatkan ibu sentiasa berfikir saat kelahiran. Jika boleh semuanya nak dilakukan serentak bagi memudahkan proses bersalin kelak.

Inilah yang dilalui penyanyi yang popular di negara China ini, Shila Amzah yang melakukan pelbagai aktiviti untuk melancarkan proses bersalin yang hanya tinggal lagi sebulan. Tidak mahu duduk diam dan berehat terlalu banyak, sebaliknya penyanyi bersuara lantang ini sentiasa aktif dengan pelbagai aktiviti.

Kongsi Shila di instagramnya, berenang dan workout menjadi pilihannya di rumah. Malah gym ball juga menjadi peneman setianya kini. Menarik!

Gym ball kat belakang tu, dah jadi my BFF dah sekarang ni.
Selalu apa rutin korang bila lagi sebulan nak bersalin?
Sha still continue swimming, workout sikit-sikit. Lebih kan jalan..
Tengok la lagi 2 minggu nak cari Park yang best-best, nak jalan-jalan.
Nak pergi hiking tak berani la pula.

Malah Shila juga meminta pengikutnya berkongsi aktiviti yang boleh dilakukannya pada minggu-minggu terdekat ini. Antara yang dikongsikan peminat adalah:

“Banyakkan berjalan je, sampai la dah sakit kontraksi pun kena berjalan-jalan sambil tunggu jalan buka 6cm ke atas”

“Squatting..belajar control pernafasan nak bersalin”

“Duduk dan main-main je atas gymball tu untuk mudahkan bersalin”

“Pusing mall dan naik tangga turun tangga.”

“Jalan-jalan kat shopping mall sebab sejuk dan sntiasa lapar. Vacuum dan mop satu rumah.”

Semoga penyanyi kesayangan ramai ini menjalani aktiviti di minggu-minggu terakhir ini dengan jayanya. Moga dipermudahkan untuk melalui proses bersalinnya kelak. Tak sabar tunggu Shila junior.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...