loading...

“Baik, Berpengalaman & Berpelajaran…” Hanis Syukur Jumpa Pengasuh Sesuai Jaga Yusuf & Alisa

Bagi seorang ibu bekerjaya, menjalankan perniagaan dan perlu menjaga anak serentak bukanlah satu tugas yang mudah. Pelakon dan pengacara, Hanis Zalikha mengakui perlukan bantuan seorang pengasuh.

TIDAK DAPAT JAGA ALISA SEPENUH MASA

Dalam temuramah dengan sebuah portal, Hanis menyatakan yang dia terpaksa melupakan hasrat untuk menjaga anak keduanya, Alisa Aisyah, 2 bulan secara sepenuh masa seperti yang dilakukan sebelum ini untuk anak pertamanya, Yusuf Iskandar, 3 tahun.

“Untuk anak kedua ini saya harus mengupah seorang pembantu untuk menjaga Alisa kerana sibuk untuk menguruskan kerjaya dan perniagaan.

“Saya tak dapat menjaga Alisa sama seperti Yusuf dahulu secara sepenuh masa kerana agar sukar menguruskan dua orang anak secara serentak jadi saya harus mempunyai pembantu buat sementara waktu,” katanya.

SYUKUR DITEMUKAN DENGAN PENGASUH YANG SESUAI

Hanis berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kerusi kereta bayi Daiichi, di Happi Kiddo, IPC Shopping Centre Mutiara Damansara,baru-baru ini.

Isteri kepada pelakon Hairul Azreen ini berkata dia amat bersyukur ditemukan dengan pengasuh yang bersesuaian dan berpengalaman untuk menjaga anak-anaknya.

“Akhirnya saya bertemu dengan pengasuh yang boleh menjaga anak-anak ketika dalam tempoh bekerja.

“Orangnya baik, berpelajaran dan mempunyai pengalaman bekerja di pusat jagaan kanak-kanak sebelum ini,” ujarnya lagi.

Sumber: www.gempak.com

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...