loading...

“9kg Hilang, Lagi 9kg Nak Turunkan.” Juliana Evans Bangga Jadi Ibu, Seronok Menyusukan Anak

Pelakon & pengacara jelita, Che’ Puan Juliana Evans dalam pantang berjaya turunkan 9kg. Malah ibu kepada Tengku Kamiliah ini seronok dan bangga bergelar seorang ibu.

Juliana melahirkan permata hati sulungnya pada 13 Julai 2019 lalu. Si comel Tengku Kamiliah atau nama penuhnya Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah membesar dengan sihat dan mendapat kebaikan susu ibu.

Ibu muda ini telah hilang berat badan ketika hamil sebanyak 9kg dalam masa tidak sampai sebulan. Juliana dalam posting Instagram berkongsi tentang perkembangannya menerusi Instagram.

Lost 9kg so far since the birth of my daughter but before I can celebrate, I still wish to loose another 9kg at least! Back to my weight before I was pregnant So I just gotta keep sweating it out in the sauna everyday.

Juliana yang berkahwin dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada tahun 2017 juga mengakui seronok menjadi ibu. Malah bergelar ibu adalah pencapaian terbaik dalam hidupnya.

Basically this little Princess has me completely and utterly mesmerised and I simply cannot get enough

I am proud of so many things I’ve achieved in my life but nothing beats being a mother

Juliana juga mengakui tidak menghadapi sebarang masalah dalam penyusuan susu ibu. Dia amat berpuas hati melihat Tengku Kamiliah membesar dengan susu ibu dan mempunyai bonding yang sangat kuat antara mereka berdua.

I am grateful to have had success breastfeeding so far~ I absolutely love being able to feed my baby with this body that grew her & I am really enjoying that special bonding time between us I mean look at those cheeks!!

Para peminat memuji kecomelan Tengku Kamiliah. Ada juga yang menyokong tindakan Juliana menyusukan sendiri anak.

Sumber: julianaevans

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...