loading...

Khairul Hafiz Jantan kandas di pusingan pertama

Khairul Hafiz Jantan kandas di pusingan pertama

Kembalinya pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan ke kancah balapan selepas berehat tujuh bulan nampaknya agak mengecewakan.
Pemenang pingat emas 2017 yang mengambil bahagian di Kejohanan Sukan Universiti Dunia (Universiade) di Napoli hanya mampu mencatatkan masa 10.70 saat dalam pusingan pertama 100 meter lelaki.
Catatan itu menyaksikan pemegang rekod kebangsaan itu menamatkan saingan di tempat keempat pada saringan kedua.
Khairul Hafiz yang juga pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu mensasarkan untuk mencatat masa bawah 10.40 saat bagi mengembalikan keyakinan beliau.
Namun hasrat itu tidak tercapai pada masa kini untuk cuba mempertahankan pingat emas tatkala pelari sensasi Indonesia, Lalu Zohri pasti akan menghantui beliau.

Sementara itu, pelari kelahiran Sarawak Jonathan Nyepa berjaya melangkah ke separuh akhir selepas berjaya mencatatkan masa 10.47 saat dalam saringan pertama.
Sedikit mengecewakan tetapi diharap akan ada peningkatan dari Khairul Hafiz memandangkan ruang untuk beliau bersaing dengan pelari pecut di Asia Tenggara semakin jauh.
-BERNAMA

Previous
Next Post »
loading...