loading...

Suami Tak Rugi Pun Bagi Isteri Duit Belanja, Rezeki Makin Dekat Mencurah-Curah

Memberikan isteri duit belanja seumpama memberikan upah atas khidmatnya kepada suami. Walau pun tidak sebanding dengan kudrat dan keringat yang dicurahkan, sekurang-kurangnya suami tahu menghargai isteri.

Suami yang selalu memberikan duit belanja buat isteri sama sekali tidak akan rugi. Bermurah hati dengan orang terdekat itu sifat yang terpuji,tidak hairanlah pelbagai kemudahan dan rezeki akan dilorongkan buat suami.

Namun diharapkan tidak duit belanja isteri tidak disalah erti untuk duit perbelanjaan rumah. Pemberian ini seharusnya untuk isteri membeli apa yang diingini. Tidak perlu banyak, cukup sekadar kemampuan suami masing-masing. Perkongsian sketsa kehidupan dari bapa ini boleh dijadikan renungan.

"Ayang, abang dah tinggal duit kat almari, bawah bedak anak…guna la untuk apa yang patut…"

Duit belanja…

Kenapa perlu bagi duit belanja pada isteri? Duit belanja ni adalah sebagai upah utk isteri setelah dia melakukan kerja-kerja rumah dimana bukanlah kewajipan isteri untuk melakukan kerja- tersebut, tapi asbab disuruh suami dan dia taat kpd suami, maka dia buat keje2 tersebut…

Ketaatan kepada suami, ingin memudahkan urusan suami disamping ingin menjadi seorang isteri yg solehah…

Suami balik kerja, suami dah tak perlu buat kerja-kerja rumah sebab kerja-kerja tu dah dibuat oleh si isteri, suami boleh terus rehat…so, suami tak payah buat terus la?

Tanggungjawab tetap kena buat bila ada kelapangan dan masa utk melakukannya…

Klu isteri yg selalu buat, maka bagilah duit belanja, upah untuknya atas apa yang dibuatnya bagi pihak si suami…duit belanja dan nafkah tak sama…perbelanjaan dapur, duit tambang anak, bil utiliti semua ni tak dikategorikan dlm duit belanja…ini nafkah…

DUIT BELANJA UNTUK ISTERI BELI APA YANG DIINGINI

Duit belanja adalah untuk isteri, utk dia gunakan beli apa yg dia inginkan yang selain drpd apa yg sepatutnya disediakan oleh seorang suami…

Contoh? Beli baja pokok, pasu, kelengkapan menjahit, acuan kek or kuih raya dan sebagainya…

BERI SESUAI DENGAN KEMAMPUAN SUAMI

Duit belanja ni sepenuhnya atas kemampuan suami, dan tiada nilai minimum yg patut diberikan kpd isteri…bg sekadar byk mana yg ada, yg boleh bg dan suami masih ada baki utk kegunaan dirinya sendiri…

TAKKAN RUGI & BUKAN BUANG DUIT

Buang duit tak bg kat isteri? Rugi tak? Tak rugi dan bukan buang duit…setiap satu sen yg dikeluarkan atau dibelanjakan utk isteri, ada pahala disisi Allah s.w.t dan ianya akan menjadi asbab utk kita diberikan kesihatan yg baik, dipermudahkan urusan, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan dijauhkan dari bala bencana…

Tak percaya? Start esok, cuba bagi duit belanja kepada isteri…

Nota kaki : 3,4 hari sekali saya akan letak 50 utk digunakan isteri…tapi dia tak gunakan sampai habis pun, dia akan simpan dan keluarkan bila suami dia tgh sesak…

Sumber: Firdaus Shakirin

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...