loading...

Malas Nak Layan, Bagi Je Gajet Pada Anak. Sudahnya Ketagih Sampai Rosak Mata!

Sekerap manakah anak-anak anda memegang gajet dalam seminggu? Adakah hampir setiap hari mereka meminta untuk melihat telefon bimbit? Melalui perkongsiannya di laman Facebook, Wawa Shauqi berkongsi tahap ketagihan anak-anak terhadap gajet. Perhatikan tanda-tanda ini dan kenali di mana kedudukan anak anda.

Lihat jika ada antara simptom ini ada pada anak anda:

Tahap-tahap Ketagihan Gajet.

.

Bila anak mula ketagih dengan gadget, dia tidak lagi lihat bermain itu satu keperluan. Anak-anak mula merasakan gadget adalah sebahagian dari anggota badannya. Bila gadget tidak ada disekitarnya, anak meraung-raung seperti hidungnya dicuri atau telinganya tercabut.

Cuba pandang anak-anak kita, selidik tingkah laku mereka. Ada tak anak menunjukkan tanda-tanda ketagihan?

Tahap Ketagihan dan Tanda-Tanda

Tahap Tiada Ketagihan:

– Anak memulangkan semula gajet dan tidak memberontak ketika gajet di ambil semula

– Anak tidak meminta gajet ketika bosan

– Anak boleh bermain bersendirian atau berkumpulan, tanpa gajet

– Anak berhenti menangis tanpa perlu ditenangkan dengan gajet

– Anak patuh peraturan skrin yang ditetapkan, tanpa rungutan

– Anak tahu mementingkan keperluan dan keutamaan berbanding gajet (makan, tidur, bermain, berbual, beriadah, dll)

– Gajet bukan the only source of entertainment utama bagi anak

.

Ketagihan Ringan :

– Anak mematuhi peraturan skrin, tapi dengan sedikit rungutan

– Anak mula meminta gajet di luar waktu yang sepatutnya

– Anak akan melengah-lengahkan bila diminta pulangkan semula gajet

– Anak suka bersendiri dengan gajet, dan tidak mahu gangguan ketika menggunakannya

Baca Artikel Ini: [Syukurlah Boleh ‘Melekat’ Mudah, Ada Orang Sampai Kena Buat IVF Nak Anak]

.

Ketagihan Biasa :

– Anak tahu tentang peraturan skrin, tapi selalu merayu/mendesak untuk diberi lebih lagi

– Anak minta phone ketika menunggu, seperti — di restoran, di kenduri, dalam kereta, etc.

– Anak minta gajet ketika ibu bapa sedang sibuk, atau ketika ibu bapa baru pulang dari tempat kerja

– Anak ambil phone ibu bapa, tanpa meminta izin

– Anak tiba-tiba hilang dari pandangan, atau tiba-tiba rumah jadi senyap, rupanya anak tengah layan gajet bersendirian tanpa pengetahuan ibu bapa

– Anak memberontak, merungut, menjerit, apabila gajet diambil semula

– Jika gajet habis bateri, anak akan cari gajet lain dan masih mahukan aktiviti skrin.

– Anak suka buka multi-screen dalam satu masa

– Anak menggunakan gajet dalam aktiviti keluarga. Contohnya, ketika makan, ketika berbual, etc.

– Ibu bapa terpaksa beri gajet untuk tenangkan anak, atau supaya mudah untuk suap anak makan.

– Anak sentiasa cari jalan untuk dapat screen time yang berlebihan. Contohnya, buat ibu bapa gembira, tunjuk rajin, tunjuk baik, etc.

– Anak senyap-senyap guna gajet dalam toilet atau bawah selimut.

– Anak lebih suka spend time dengan gajet, berbanding dengan keluarga dan kawan-kawan

– Apabila berjumpa kawan-kawan atau sepupu, anak lebih suka aktiviti yang melibatkan gajet berbanding aktiviti yang tak melibatkan gajet.

– Anak suka berdamping dengan orang dewasa yang mudah memberinya gajet.

– Anak tidak menyahut atau lambat respon apabila dipanggil, kerana terlalu leka dengan gajet

.

Ketagihan Parah

– Anak membangkang peraturan skrin yang ditetapkan.

– Anak hilang rasa hormat kepada ibu bapa apabila pendedahan skrin dihadkan.

– “Mati lah kalau takde TV!”

– “Mak dah tak sayang saya lah ni!”

– “Mak ni ketinggalan zaman lah. Sekarang memang zaman gajet!”

– Anak boleh berjaga sepanjang malam dengan gajet.

– Anak paksa ibu bapa belikan phone sendiri, atau letakkan TV dalam bilik

– Anak menggeledah beg tangan atau bilik ibu bapa dan ambil gajet tanpa pengetahuan ibu bapa

– Anak pura-pura tidur sehingga ibu bapa tertidur, supaya mereka boleh gunakan gajet sepanjang malam

– Anak mula mendesak ibu bapa untuk mengikut trend gajet atau teknologi semasa.

– Anak berulangkali melanggar peraturan. Contohnya, menggunakan gajet ketika makan / ketika berbual, dan tidak mahu memulangkannya semula.

– Anak akan menjerit, tantrum, baling barang, “jadi gila” jika tidak dapat gajet.

– Anak mula mengasingkan diri dan tidak mahu bercakap dengan ibu bapa, sehingga diberikan semula gajet.

– Anak mula mencari kawan-kawan yang mempunyai gajet sendiri, untuk menumpang keseronokan.

– Anak memukul, memaki, menyepak, menumbuk ibu bapa ketika gajet diambil semula

Kalau anak kita mula menunjukkan tanda-tanda ketagihan, segera dapatkan intervensi dari pakar seperti Pakar Terapi Cara Kerja atau Pakar Terapi pertuturan (jika tanda-tanda diikuti dengan ‘speech delay’) yang ada di hospital-hospital tertentu. Boleh juga dapatkan rawatan di pusat rawatan swasta. Takut-takut ada masalah lain yang akan berlaku selain masalah ketagihan.

Baca Artikel Ini: [ Nak Hamil Ibu Kena Ready, Bukan Termengandung Tanpa Sengaja! Kalau Nak Jarakkan, Rancanglah]

Masalah lain yang dimaksudkan adalah seperti:

– Virtual autism

– Language Speech delay

– Kerosakan saraf mata dan otak

– Menerima radiasi yang memberi kesan jangka panjang pada otak

– Masalah perkembangan

– Masalah sensori

– Masalah sosial dan komunikasi

– Kerosakan otak

– Masalah tumpuan di dalam kelas

– Perkembangan emosi jadi (lebih mudah tantrum)

(Petikan bengkel Parenting Dulu vs Parenting Kini bersama Adlil Rajiah)

Sumber: Wawa Shauqi

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...