loading...

Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2019 : Malaysia raih tempat ketiga

Piala Asia Hoki Dalam Dewan 2019 : Malaysia raih tempat ketiga

Skuad hoki negara meraih tempat ketiga dalam kejohanan hoki Piala Asia dalam dewan selepas menumpaskan pasukan Uzbekistan di Chonburi, Thailand.
Pasukan negara sebelum itu terlepas tiket ke Piala Dunia 2021 selepas tewas kepada Kazakhstan di separuh akhir.
Watak penting dalam perlawanan tersebut iaitu ketua pasukan, Hanip Che Halim menjaringkan hatrik sekaligus membantu skuad negara mendapat tempat ketiga.

Dalam satu lagi penentuan bagi kategori wanita pula, skuad negara gagal mengikut rentak kemenangan barisan lelaki selepas tumpas di tangan pencabar sama menerusi penentuan penalti.
–Bharian

Keputusan yang agak memberangsangkan dan mungkin hoki dalam dewan ini boleh dimajukan di Malaysia. Ini sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan prestasi hoki di Malaysia termasuklah hoki padang.
Kalau kita lihat, di Malaysia tidak nampak populariti hoki dalam dewan seperti futsall. Mungkin pihak berkaitan boleh memberikan pengenalan terhadap sukan hoki dalam dewan yang berpotensi untuk dimajukan.

Please follow and like us:

error0
Previous
Next Post »
loading...