Impian untuk mendapatkan pingat emas dalam saingan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 tidak tercapai selepas kuartet yang dibarisi t Helmi Zaquan, T. Loganesh, Muhammad Muzakkir Reza Khalili dan Muhammad Azeem Mohd Fahmi sekadar memungut pingat perak.
Azeem yang sebelum ini menjuarai acara 200 meter gagal untuk bersaing dengan pelari terakhir Indonesia, Adith Rico Pradana sekaligus terpaksa berpuas hati di tempat kedua.
“Malaysia beraksi dengan barisan kuartet kedua kerana rakan sepasukan, Arsyad, mengalami kecederaan namun berjaya menamatkan saingan di tempat kedua. Ternyata sasaran emas bagi acara ini tidak berjaya dihasilkan tetapi kami akan cuba lagi pada tahun akan datang,” kata Azeem.
Azeem sebelum ini berjaya mencatat sejarah selaku pemenang pingat emas termuda acara
Dalam usia 15 tahun , Azeem pasti mempunyai peluang yang cerah dan perlu dikembangkan dengan sebaiknya.
- Sumber : Stadium ASTRO
Please follow and like us:

Niat Puasa Sunat Zulhijjah 2025, Hari Tarwiyah, Ar ...

#hiburan: Proton Menjelajah Singapura Dengan Ev ...

Empat Rumah Di Kampung Sarayo, Jalan Kayu Madang ...

Ahli Perniagaan Terkenal Kan? Hanya Bercerita ...