Sememangnya isteri kita tak pernah meminta-minta. Dia tak pernah minta belikan baju mahal-mahal, tak pernah minta hadiah setiap bulan apa lagi barang kemas bergunung ganang. Tak pernah sama sekali. Berapa yang diberikan suami setiap bulan, semuanya didahulukan segala bil dan kemahuan anak semata-mata. Keinginannya ditolak tepi.
Banyak benarnya kata-kata bapa ini, Firdaus Shakirin yang berkongsi kisah seorang isteri. Sememangnya isteri tak pernah meminta-minta. Apa jua yang dihadiahkan suami, itulah yang disimpan dan dipakainya dengan setia.
Buat para suami, jangan buat tak pandang atau terlepas pandang hal isteri kita. Tanya lagi dan lagi apa isteri kita mahu.
Isteri tak suka meminta-minta…
Tapi itu bukan bermakna dia cukup dengan apa yang ada. Dia pun sama macam orang lain, pasti ada sesuatu yang dia nak atau inginkan.
Mungkin ada bajunya yang dah tak muat, mungkin ada seluarnya yang dah koyak, mungkin ada kasutnya yang dah tertanggal, mungkin dia nak tukar pakaian dalamnya, mungkin dia nak beli pencuci muka, mungkin dia nak tambah peralatan dapur dan sebagainya.
Tapi dia tak pernah mintak…
Bila suami bagi duit, dia bahagi untuk bil, untuk duit barang, untuk duit anak, untuk duit minyak. Kira-kira tengok, lebih tu sikit sangat, nak beli apa yang dihajatinya pun tak lepas. Maka dia biarkan je dulu, dalam hati kata, “takpelah, nanti pun boleh beli…”
Bulan depan pun sama, bulan seterusnya pun sama, baki tinggal cukup-cukup sahaja. Hhmm, apa nak buat, kalau mintak lebih, suami kata macam-macam pulak, makanya guna je lah apa yang ada, pakai je lah selagi boleh.
Suami perlu ada kesedaran akan perkara ini. Perlu tanya isteri setiap bulan,
“Ada apa-apa tak yang awak nak beli…yang awk nak?”
Kalau dia kata takde sekalipun, jangan terus percaya…tapi tanya lagi,
“Cakap je, saya belikan…”
Dia cuba untuk faham kemampuan suaminya, tapi dia juga seperti orang lain yang ada keinginan dan kemahuan, cuma keterbatasan dalam soal kewangan menyebabkan dia memilih untuk mengabaikan apa yang diinginkannya.