loading...

Mak Boleh Jadi ‘Harimau’ Kalau Stres Jaga Anak. Muka Tenang Tapi Dalam Hati Geramnya

Siapa kata ibu yang bekerja dari rumah atau bergelar suri rumah lebih banyak masa untuk berehat dan bertenang. Pendapat ini tak betul kerana setiap wanita yang bergelar ibu mesti ada cabarannya. Tak kiralah yang bekerja sendiri, makan gaji atau memilih untuk menjaga anak.

Mungkin masa anak kecil cabarannya lain. Bila anak besar lain pula cabaran yang jena hadap. Tapi itulah realiti sebenar ibu yang sentiasa berusaha nak buat yang terbaik buat anak-anak.

Bagi Vivy Yusof yang juga seorang usahawan perniagaan secara talian terkenal mengakui tugas menjaga dan membesarkan anak bukan satu tugas yang mudah.

Ada masanya kita pening kepala sebab tak tahu apa yang menyebabkan kita rasa begitu penat.

BACA:  [Jangan Malu Jadi Suri Rumah! Hanya Kita Yang Tahu Apa Terbaik Untuk Keluarga]

Sebenarnya, ada banyak kerja ‘ghaib’ yang dilakukan oleh seorang isteri dalam menguruskan rumah tangga. Kerja-kerja ini mungkin kita tak nampak hasilnya, tapi ia amat penting bagi memastikan keadaan di rumah tetap teratur. Tak kisahlah ada pembantu atau tidak.

Ibaratnya wanita bergelar ibu boleh bertukar menjadi ‘harimau’ jika sampai satu tahapnya tak boleh nak tahan. Mungkin orang dengar macam melawak tapi hakikatnya betul.

Kongsi Vivy di instagramnya, melayan perangai anak-anak yang berbeza boleh buat ibu bertukar garang.

Betul anak-anak sebenarnya penghibur hati tetapi bila masing-masing nak itu, nak ini dalam masa yang serentak boleh jadi pening lagi-lagi bila kena uruskan sendiri tanpa suami.

“Semalam ketika suami tiada, semua urusan anak saya kena selesaikan, Nak mandi, menyusu, pakai baju semua uruskan serentak.

“Memandangkan Sarah nak di dukung dan tak mahu diletak agak mencabar sikit. Masa tulah nak air, nak makan, nak buang air, air tumpah dan macam-macam lagi.

‘Tambah lagi dengan pelbagai pertanyaan hingga rasa tak tahu nak jawab yang mana dulu,” katanya.

Sebab tu lah anda yang bergelar isteri dan ibu kena bangga sebabnya orang lelaki belum tentu boleh buat semua ini serentak dan membesarkan anak-anak dengan sabar.

Sumber: ig Vivy Yusof

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...