loading...

“Saya Gendut Tak Apa, Sebab Minum Susu Mommy.” Ardy 6 Bulan Berat 10.3 Kg

Dilahirkan seberat 3.26 kg, anak lelaki Betty Rahmad, Ardy Wira kini telah pun mencecah usia 6 bulan.

Menerusi posting terbaru diakaun Instagram anaknya, Betty berkongsi berat terkini Ardy dah mencecah 10.3 kilogram (kg) diusia 6 bulan.

Bagaimanapun kata Betty, selepas melakukan pemeriksaan menyeluruh doktor memberitahu perkara itu tidak perlu dirisaukan kerana ia adalah normal.

“Tadaaaa! Berat saya umur enam bulan, 10.3 kg. So siapa betul nah saya bagi kiss untuk aunty.

“P/s: Jangan ada yang risau ya, doktor cakap saya okay. Alhamdulillah. Mommy bagi susu ikut time.

“Lepas tu saya minum susu mommy jadi tak apalah saya gendut pun. Doakan saya sihat selalu okay,” tulisnya.

Ardy Wira sebelum ini sememangnya terkenal dengan wajah comel dan badannya yang tembam.

Peminat Betty juga cukup geram dengan gelagat Ardy yang tak lekang senyuman tatkala wajahnya dirakam oleh kamera.

Seolah-olah Ardy faham yang orang rakam wajahnya. Dia juga cukup sporting dan sentiasa beri mimik muka dan posing yang comel tiap kali di rakam lensa kamera.

Tak hairanlah walaupun baru mencecah 6 bulan, Ardy dah mempunyai seramai 103,000 pengikut di instagramnya.

Terdahulu, Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018 manakala Ardy Wira dilahirkan pada 19 Januari lalu.

Sumber: ig Ardy Wira & ig Betty Rahmad

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...