Rumah tangga yang bahagia bergantung kepada bagaimana pasangan mencorakkannya. Jika acuannya baik, maka baiklah ia hingga ke akhir hayat. Bukan semata-mata pada wang ringgit dan kecantikan tetapi ikhlas menerima pasangan dan sama-sama menegur kesilapan itulah kunci bahagia.
Bagi penyanyi dan bekas Juara Akademi Fantasia musim kelima, Mila Jirin dia mengakui bukan mudah untuk mengekalkan kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga, kecuali sentiasa bertolak ansur dan tak ego.
Menerusi entri di Instagram (IG), Mila berkongsi beberapa tip yang diamalkan sejak berkawhin dengan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha empat tahun lalu.
“Macam mana nak tambahkan kebahagiaan dalam rumah tangga? Bangun pagi wajib mulakan dengan senyuman walaupun malam tu marah kerana merajuk ke sebab senyuman ni macam satu penawar untuk neutralkan segala ion ion negatif yang ada dalam diri kita.
“Kalau boleh hari-hari every morning peluk erat-erat pasangan kita for few minute, feel the warm, feel the heart beat dan ucapkan I LOVE U!
“Suami isteri ni kena sama-sama buang ego dan sering maaf dan memaafkan. Kena selalu fikir, apa tujuan perkahwinan itu?
“Setiap manusia ada kekurangannya jadi sama sama perbaiki demi mencari Redha ALLAH,” tulisnya.Di ruangan komen rata-rata peminat Mila bersetuju dengan apa yang dikongsikannya dan mereka turut mendoakan kebahagiaannya bersama suami.
“@shiela.jojie: Alhamdulillah. Semoga kekal sampai ke Jannah.”
“@virgochenta: Bestnya dapat peluk suami hari-hari. Kita tak dapat peluklah suami kerje jauh tapi dekat sini still run business & jaga anak macam biasa. Mila salah sati idola saya dalam perniagaan. Sumber inspirasi, teruskan share tips ya.”
“@masche: Alhamdulillah, terima kasih atas perkongsiaan. Semoga dapat berkongsi lebih banyak tips pada semua.”
Mila dan suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha bernikah pada 11 November 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Arif Zikri.
Sumber: ig mila jirin