loading...

Suami Maintain, Berat Isteri Hamil Makin Bertambah. Alif Satar Tetap Puji Shadila Cantik

Kenaikan berat badan semasa hamil memang tidak dapat dielakkan. Berat badan yang bertambah adalah daripada perkembangan bayi dalam kandungan serta sistem sokongannya seperti uri dan air ketuban.

Menjelang trimester ketiga, selalunya berat badan ibu hamil akan naik lebih dari biasa. Ia secara tidak langsung menyebabkan rasa tidak selesa bagi sesetengah ibu.

Isteri kepada pelakon, penyanyi dan pengacara Alif Satar, Shadila Halid menyatakan pertambahan berat badannya menyebabkan dia rasa kurang senang untuk berswafoto bersama. Shadila berkongsi gambar mereka berdua di Instagram dan menulis kapsyen  berseloroh;

“Hospital date. I have gained so much weight, it’s annoying to take photos with him because WHERE IS HIS FATTINESS???”

Shadila Halid yang pernah mengalami keguguran anak ketiga pada awal tahun kini sedang hamil 7 bulan anak keempat mereka.

Komen daripada Alif terhadap posting isterinya itu cukup membuatkan hati cair. Artis serba boleh ini tetap memuji kecantikan Shadila walau pun semakin berisi. Memang sweet sangat!

Pasangan yang berkahwin pada September 2014 itu  dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah, 4 dan Ariana Mecca, 2.

Sementara itu, para follower dan rakan artis memahami situasi yang sedang dialami Shadila dan mendoakan proses bersalin yang dijangkakan pada Oktober nanti dipermudahkan.

MUKA MASIH KURUS & COMEL

MUKA BERSERI-SERI, CUTE COUPLE

MUKA SAMA JODOH SAMPAI AKHIR HAYAT

SEMOGA PROSES BERSALIN DIPERMUDAHKAN

Sumber: shadilahalid

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...