Setiap anak ada kecenderungan masing-masing. Adakalanya ibu bapa memang boleh melihat minat dan kebolehannya daripada awal. Dedahkan dari awal boleh membantu anak menguasai dengan lebih pantas.
Siti Sairah Tarudin dalam rancangan televisyen keibuapaan popular, Pa&Ma berkongsi tentang anak perempuan sulungnya. Adik kepada penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza ini muncul dalam episod 3 Pa&Ma yang membincangkan tajuk “Anak Keliru Bahasa. Anak sulung Sairah, Ummi Umairah rupanya boleh menguasai Bahasa Mandarin dengan baik.
Menguasai bahasa selain daripada bahasa ibunda memberikan kelebihan pada masa depan. Sairah dalam rancangan TV Pa&Ma berkongsi bagaimana awalnya dia memilih bahasa Mandarin untuk diperkenalkan kepada Umairah sejak di peringkat tadika lagi.
“Semua orang tahu bila boleh berbahasa selain Bahasa Melayu, itu salah satu batu loncatan untuk masa depannya.
3 TAHUN DAH PETAH BERCAKAP
“Daripada situ saya tengok Umai umur 3 tahun dia dah boleh cakap, dia dah cepat belajar. Jadi saya fikir bersama datuk neneknya untuk hantar dia ke sekolah tadika cina daripada umur 4 tahun,” kata Sairah.
Walau bagaimana pun penyanyi ini mengakui sebenarnya dia langsung tidak bercakap Bahasa Mandarin.
“Selain saya, adik beradiknya juga tidak pandai pun Bahasa Mandarin. Tetapi saya hantar juga dia ke sana sebab saya rasa umai boleh catch up untuk dia kuasa Bahasa mandarin.
“Kalau di rumah, Umai jarang, bukan jarang tapi tak pernah pun bercakap Bahasa mandarin ni sebab kami semua tak faham. Tapi kadang-kadang terlepas juga,”kata ibu kepada empat cahaya mata ini.
TIP MUDAH MENGUASAI BAHASA MANDARIN
Selain itu, Sairah turut berkongsi bagaimana dia menggalakkan Umai menguasai bahasa ini.
“Apa yang saya buat, saya bawa dia berjalan. Dan kebetulan kalau tempat tu ada rakan-rakan atau anak-anak yang berbangsa cina, saya akan mengajar untuk Umai bercakap dengan mereka. Tegur supaya daripada situ dia boleh berbicara. Iti salah satu aktiviti Umairah.
Kata Sairah, kepada ibu bapa yang mana anak tidak boleh fokus kepada bahasa-bahasa lain tidak mengapa. Fokus kepada 1 bahasa dulu. Selepas anak sudah boleh satu Bahasa itu maka bolehlah dia belajar Bahasa yang seterusnya.
Foto: sitisairahtarudin