loading...

Atas Meja Kena Selalu Ada Makanan, Barulah Anak Tak Merajuk Lapar Dalam Perut

Anda tentu mahu tahu cara untuk atasi keletihan masa hamil ketika bekerja bukan? Lebih-lebih lagi bagi anda yang masih dia awal usia kehamilan. Memandangkan ada sesetengah wanita hamil mengalami masalah keletihan, loya dan perubahan hormon yang teruk ketika hamil, cara yang betul perlu anda ambil tahu supaya kehamilan tidak menjejaskan kualiti kerja dan keseimbangan hidup.

Bagi mengurangkan sedikit keletihan yang anda alami, cubalah sembilan tip ini. Mana tahu dapat membantu, sekurang-kurangnya anda tidaklah lemau dan kurang bertenaga. Ibu yang selalu letih juga akan mempengaruhi kandungan.

Artikel Menarik: [Syukurlah Boleh ‘Melekat’ Mudah, Ada Orang Sampai Kena Buat IVF Nak Anak]

1. Bekerja dalam keadaan yang selesa dengan meletakkan kaki anda pada tempat yang tinggi ketika duduk. Anda boleh membuat tempat letak kaki sendiri dengan menggunakan benda yang kukuh seperti kotak atau tong sampah yang tidak digunakan.

2. Jangan lupa untuk pakai kasut yang membuat anda selesa atau membuka kasut jika perlu semasa duduk bekerja.

3. Membuat perubahan pada ruang kerja anda seperti menggantikan kerusi yang lama dengan kerusi baru yang masih berkeadaan baik untuk menyokong anda ketika duduk bekerja. Lazimnya wanita hamil akan mengalami sakit pada bahagian belakang, oleh itu anda juga mungkin boleh membawa kusyen atau bantal kecil bagi menyokong bahagian belakang.

Artikel Menarik: [5 Kelebihan Sup Kebal Imun Yang Ibu Mesti Sediakan Untuk Anak. Elak Kerap Sakit]

4. Jika urusan kerja memerlukan anda duduk dalam tempoh waktu yang lama, ubahlah rutin itu. Pastikan anda ada masa untuk bangun dan meluruskan kaki supaya dapat melancarkan peredaran darah. Sama juga halnya jika anda perlu berdiri ketika bekerja. Mintalah izin daripada ketua untuk mengambil rehat tambahan supaya kaki anda dapat berehat sebentar.

5. Hamil bukan bermaksud anda boleh berehat sentiasa. Lakukan regangan mudah seperti menaikkan tangan anda ke atas kepala selama beberapa saat, putar pergelangan tangan dan kaki anda, ke kiri dan kanan. Ia baik untuk hilangkan tekanan kerja.

6. Anda pasti mengalami rasa loya pada trimester awal. Oleh itu penting untuk menyimpan snek sihat sebagai pengalas perut setiap kali selepas anda muntah. Bekalkan biskut, keropok kecil atau roti dapat membantu anda mendapat tenaga sepanjang hari.

7. Jika perlu, bawa bekal makanan tengah hari anda sendiri yang boleh mengelakkan rasa loya. Elakkan makan dengan orang lain jika bau atau makanan tertentu boleh mencetuskan loya. Makanan tinggi karbohidrat dan protein adalah pilihan yang baik untuk makan tengah har kerana kedua-duanya boleh membantu menghindari loya.

Artikel Menarik: [Taktik Sekat Anak Hadap Phone 24 Jam. berkesan Bagi Yang Ketagih Gajet]

Antara makanan yang boleh anda bekalkan untuk tengah hari anda adalah makanan seperti yogurt rendah lemak, mentega kacang, pisang, keju, roti bakar dan nasi bersama ayam bakar.

8. Jangan lupa untuk minum air kosong dengan banyak. Ia baik untuk diri anda yang sedang hamil dan juga bayi dalam kandungan. Kurangkan pengambilan minuman manis dalam diet harian anda.

9. Bawa bekalan baju atau tuala ke tempat kerja untuk kecemasan sekiranya anda mengalami loya yang teruk. Jangan lupa juga barang tambahan lain seperti berus gigi dan pencuci mulut agar anda kekal segar sepanjang hari di pejabat.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...