Kuantiti susu berkurangan, apakah puncannya. Penggalak susu dari makanan semula jadi ini boleh membantu.
SEBELUM AMBIL PENGGALAK SUSU, AMBIL KIRA 3 FAKTOR INI
Sebelum ibu mengambil makanan penggalak susu, ibu seharusnya memeriksa punca masalah penurunan kuantiti susu. Konsep penghasilan susu ibu ialah apabila ada permintaan.
a)Semakin kerap dan banyak susu yang dikeluarkan, maka lebih banyak susu dihasilkan. Jika ibu mengambil penggalak susu tetapi tidak meneruskan menyusu atau memerah dengan kerap mengikut kehendak bayi, penghasilan susu tetap tidak akan meningkat.
b) Amalan pemberian susu perahan berterusan tanpa menyusui secara terus di payudara ibu boleh menyebabkan susu semakin kurang. Hal ini boleh berlaku kerana rangsangan hisapan di payudara ibu adalah lebih efektif untuk mengeluarkan susu.
Selain itu, pemberian susu secara terus dari payudara (direct feeding) akan dapat meningkatkan perasaan kasih sayang dan membuat ibu rasa tenang semasa menyusu. Pastikan pelekapan betul!
c) Keadaan ibu yang tenang dan selesa semasa menyusu menggalakkan rembesan hormon oksitosin yang seterusnya membantu lebih banyak susu dapat dikeluarkan. Untuk memastikan susu ibu terus mencukupi walaupun sedang berpuasa, berikut diberikan beberapa saranan yang boleh ibu cuba amalkan. Stres, keletihan dan tekanan antara punca susu merudum.
Pastikan ibu mengambil minuman dan cairan kerap mengikut keperluan. Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat juga perlu diperbaiki agar penghasilan susu ibu dapat diperbaiki.
15 MAKANAN BOLEH MENINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU
Susu ibu merudum dan ibu sudah mencuba pelbagai cara dengan memastikan pelekapan betul, mengawal stres dan ambil sajian berkhasiat. Tidak salah untuk mencuba makanan penggalak susu.
Semula jadi dan bukan makanan yang diproses, rasanya juga sedap. Tapi mama jangan terlalu obses dengan penggalak susu. Ambil dalam kuantiti sederhana dalam jangka masa yang tidak terlalu lama. Paling penting kena kerapkan menyusu secara terus, kawal stres dan amal pemakanan seimbang. Keberkesanan berbeza, terletak pada keserasiannya bagi setiap individu.
#1: LONGAN KERING
Longan kering juga boleh memperbanyakkan susu. Hanya rebus dan minum airnya. Tambahkan gula perang jika perlu. Kalau mama suka, boleh tambahkan kurma cina dan biji selasih, dah macam lai chi kang pulak rasanya, sedap!
#2: BETIK
Betik yang manis dan berlemak ini juga dikatakan boleh menambahkan susu ibu. Ambil sebagai snek atau pencuci mulut. Antara amalan orang dulu-dulu memakan betik muda atau ditumis air untuk menambah susu ibu.
#3: PEGAGA
Mama boleh ambil pegaga sebagai ulam dan boleh juga dijadikan jus. Ia sedap dan rangup, boleh dijadikan kerabu juga, lazatnya!
#4: KURMA
Buah ini ada kemanisan semula jadi! Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.
#5: OATMIL
Pada saat susu merudum, mama cuba makan oatmil atau tambahkannya dalam minuman. Makanan yang kaya dengan khasiat ini boleh memberikan kesan menambah susu bagi sesetengah ibu.
#6: JINTAN
Untuk mendapat kerberkesananya, anda perlu menggunakan jintan manis dan jintan putih ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.
#7: JANTUNG PISANG
Jantung pisang juga dikatakan boleh menambahkan susu. Boleh dibuat kerabu atau ulaman.
#8: PEGAGA
Halia boleh diambil sebagai ulam atau teh. Boleh juga dicampurkan sebagai rencah masakan yang diambil ibu.
#9: BAWANG PUTIH
Bawang putih bukan sahaja baik untuk mencegah jangkitan kuman, tetapi boleh menambah susu ibu. Mudah sahaja caranya, hanya tambahkan kuantiti bawang putih dalam masakan!
#10: BADAM
Badam, sedap dan berkhasiat. Antara kekacang yang boleh menambah penghasilan susu ibu. Boleh dijadikan susu, ditambah ke dalam smoothies atau dijadikan kudapan.
#11: BARLI
Enaknya minuman barli musim panas ini. Selain menyejukkan badan, ia turut merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahu pun sejuk.
#12: HABBATUS SAUDA
Habbatus sauda adalah makanan sunah yang berupaya menambahkan susu ibu. Kunyah mentah atau telan bersama air suam.
#13: MALT
Malt atau minuman berasaskan malt (perisa original atau biasa) ialah antara bahan laktogenik yang berkesan untuk meningkatkan pengeluaran susu ibu.
#14: SUSU SOYA
Susu soya atau produk yang berasaskan kacang soya memang penggalak susu yang berkesan.
#15: BAYAM
Bayam kaya dengan zat besi akan meningkatkan paras Hb ibu terutamanya ibu yang mengalami kehilangan darah yang banyak semasa proses kelahiran.
Paras zat besi rendah dalam darah adalah salah satu sebab ibu mengalami masalah penghasilan susu ibu. Selain bayam, daging merah dan sayuran berdaun hijau yang lain juga antara sajian baik yang boleh meningkatkan paras zat besi ibu.