loading...

Lepas Suntik BCG Memang Boleh Bernanah. Tak Payahlah Letak Minyak Angin Atau Plaster

Suntikan vaksin Bacillus Calmette–Guérin atau BCG akan diberikan kepada semua bayi. Ekoran tularnya isu luka suntikan vaksin BCG, penjelasan daripada doktor ini boleh dijadikan panduan.

Tular gambar tentang luka BCG ini. Saya cuma berminat nak beri pendidikan untuk penjagaan luka suntikan BCG.

Suntikan BCG (Bacillus Calmette–Guérin) adalah vaksin terhadap penyakit Tuberkulosis(TB). Ia diberi pada bayi.


INFO SUNTIKAN VAKSIN BCG

Suntikan ini diberikan kepada bayi seawal lahir bagi mencegah dari kuman mycobacterium tuberculosis. Kuman ini umumnya menyebabkan Batuk Kering (pulmonary tuberculosis). Tapi tujuan suntikan ini adalah bagi mengelakkan jangkitan kuman ini pada selaput otak bayi. Ia mencegah tuberculous meningitis. Sekiarnya bayi tidak diberikan vaksin ini dan dijangkiti, lebih separuh dari bayi akan cacat otak kekal manakala 1 dari 5 bayi akan mati.


SUNTIKAN DILAKUKAN PADA KULIT

Suntikan BCG ini dibuat secara transdermal (pada kulit), di bahagian lengan (atau lower deltoid) bayi. Ada sebab kenapa kawasan ini dipilih.

  • Antara salah satu komplikasi suntikan BCG adalah lymphadenopathy iaitu bengkakan kelenjar limfa.
  • Jika suntikan dibuat terlalu tinggi kawasan bahu, maka terdapat risiko kelenjar di leher dan tulang selangka yang akan membengkak.
  • Suntikan di lengan pula menyebabkan bengkak kelenjar di bahagian ketiak. Lebih selamat dari bengkakan kelenjar di leher.

PEKA KAWASAN SUNTIKAN KERANA SENTIASA BERUBAH

Selepas suntikan sehingga beberapa bulan selepas suntikan diterima, perubahan akan berlaku dalam tempoh 12 minggu. Keprihatinan ibu bapa dalam memantau luka suntikan perlu untuk memastikan ia sentiasa dalam keadaan baik.

Ibu bapa perlu peka pada kulit di kawasan suntikan BCG. Berikut adalah perubahan kulit yang akan berlaku pada kawasan suntikan BCG pada masa-masa berbeza.

  • Bintik kemerahan pada kawasan suntikan yang akan hilang pada hari ke-2 atau ke-3.
  • Timbul bintat keras pada kawasan suntikan pada minggu ke-2 atau ke-3 selepas suntikan.
  • Bintat tadi akan melepuh dan mengeluarkan nanah pada minggu ke-6 atau ke-8 selepas suntikan.
  • Luka sembuh dan meninggalkan parut menjelang minggu ke-12 selepas suntikan.

LEPAS SUNTIK PERLUKAH DISAPU MINYAK ANGIN?

Dr Kamarul turut berkongsi 6 cara yang tepat bagi ibu bapa boleh lakukan untuk menjaga luka suntikan.

Tahu tak macam mana nak jaga luka suntikan BCG anak-anak agar tak berlaku komplikasi? Mudah sahaja!

  1. Pastikan luka kering dan bersih.
  2. Tak usah tampal plaster
  3. Jangan sapu minyak atau herba pada luka.
  4. Jangan garu atau picit bintat/gelembung luka.
  5. Jika bernanah, tutup dengan kain kasa dan tampal pelekat di tepi kain kasa.
  6. Jika ada bengkakan besar pada luka atau di bawah ketiak anak, bawa anak untuk diperiksa doktor.

OKlah! Itu sahaja! Moga bermanfaat!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...