Jangkitan pada telinga merupakan kondisi yang kerap didiagnosis pada bayi. Kajian menunjukkan kebanyakan kanak-kanak akan mengalami infeksi ini sekurang-kurangnya sekali sebelum mereka mencecah umur tiga tahun.
APAKAH SIMPTOM JANGKITAN TELINGA?
Apabila dijangkiti infeksi telinga, bayi anda akan mengalami perubahan dari segi emosi dan beberapa perkara yang dapat kira lihat, antaranya:
- Bayi anda akan menarik-narik telinganya.
- Demam: Infeksi ini akan menyerang selepas bayi anda dijangkiti selsema atau infeksi sinus.
- Cirit-birit atau muntah-muntah: Infeksi ini mampu menjejaskan saluran gastrousus.
- Hilang selera makan: Infeksi ini mengakibatkan bayi anda berasa sakit ketika menelan atau mengunyah makanan.
- Cecair berwarna kekuningan dan keputihan meleleh daripada telinga: Ini akan berlaku apabila terdapat lubang kecil yang terbentuk di dalam gegendang telinga bayi.
- Bau yang tidak menyenangkan: Terdapat bau yang tidak menyenangkan pada telinga bayi anda.
- Sukar tidur: Berbaring akan menyebabkan kesakitan pada bayi.
JANGKITAN TELINGA BANYAK BERLAKU PADA BAYI YANG HISAP PUTING TIRUAN
Bayi anda akan dijangkiti infeksi telinga sejurus mengalami selsema, infeksi sinus ataupun alahan. Kondisi ini akan menyebabkan tiub eustachio yang menghubungkan bahagian tengah telinga dengan belakang hidung dan tekak tersumbat.
Ini akan mengakibatkan apa-apa cecair yang memasuki kawasan ini terperangkap dan dijangkiti kuman.
Kajian menunjukkan bayi dan kanak-kanak amat mudah dijangkiti infeksi telinga sekiranya mereka menggunakan puting palsu. Dalam satu kajian, sebanyak 33 peratus daripada keseluruhan kanak-kanak yang menggunakan puting palsu akan dijangkiti infeksi ini.
Semakin bayi anda membesar, kemungkinan untuk mereka dijangkiti infeksi ini akan berkurangan kerana tube eustachio mereka akan membesar tiga kali ganda dan akan lebih vertikal.
Ini akan menyebabkan cecair lebih sukar untuk masuk lalu terperangkap di dalam kawasan di belakang gegendang telinga.
APAKAH RAWATAN JANGKITAN TELINGA PADA BAYI?
Segera bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya terdapat simptom-simptom ini pada mereka. Antibiotik atau metod tunggu dan lihat akan digunakan bergantung kepada tahap keseriusan infeksi telinga anak anda.
Dalam kebanyakan kes, kondisi ini akan sembuh dengan sendirinya jika tidak terlalu serius.
Ini akan mengakibatkan apa-apa cecair yang memasuki kawasan ini terperangkap dan dijangkiti kuman.
Kajian menunjukkan bayi dan kanak-kanak amat mudah dijangkiti infeksi telinga sekiranya mereka menggunakan puting palsu. Dalam satu kajian, sebanyak 33 peratus daripada keseluruhan kanak-kanak yang menggunakan puting palsu akan dijangkiti infeksi ini.
Semakin bayi anda membesar, kemungkinan untuk mereka dijangkiti infeksi ini akan berkurangan kerana tube eustachio mereka akan membesar tiga kali ganda dan akan lebih vertikal.
Ini akan menyebabkan cecair lebih sukar untuk masuk lalu terperangkap di dalam kawasan di belakang gegendang telinga.
APAKAH RAWATAN JANGKITAN TELINGA PADA BAYI?
Segera bawa anak anda berjumpa doktor sekiranya terdapat simptom-simptom ini pada mereka. Antibiotik atau metod tunggu dan lihat akan digunakan bergantung kepada tahap keseriusan infeksi telinga anak anda. Dalam kebanyakan kes, kondisi ini akan sembuh dengan sendirinya jika tidak terlalu serius.
Apabila anak anda mula berasa tidak selesa atau kondisi infeksi itu menjadi semakin teruk, gunakan antibiotik. Namun anda harus diingatkan untuk tidak memberi terlalu banyak antibiotik bagi mengelakkan infeksi terhadap antibiotik pula.
Jika bayi anda berumur kurang daripada 6 bulan, doktor mungkin akan mencadangkan penggunaan acetaminophen atau ibuprofen untuk melegakan kesakitan. Sekiranya kondisi anak anda masih tidak bertambah baik selepas mengambil antibiotik, doktor mungkin akan mengubah preskripsi ubat-ubatan yang mereka berikan dan memeriksa semula anak anda.
Sumber: Hello Doktor