loading...

Sup Ikan Kaya DHA Bagus Untuk Otak Bayi. Ibu Kenalah Selalu Sediakan

Sup ikan memang baik untuk bayi. Sarat dengan DHA. Anda boleh mengikuti resepi daripada ibu ini untuk menyediakan sup ikan yang mesra bayi.

Ibu-ibu amat teliti dalam pemilihan sajian untuk bayi. Oleh itu, sediakan sajian daripada bahan yang kaya DHA (asid dokosaheksaenoik). Ia adalah nutrien penting yang diperlukan untuk perkembangan otak selain daripada zat besi, zink dan asid folik.

DHA merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan mendapati bayi berusia enam bulan sehingga kanak-kanak dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

Puan Siti Nur Ezzah Zaini telah berkongsi resepi Sup Ikan Merah untuk bayinya, Muhammad Aidil Zhafran Mohd Nazri. Jom kita ikuti apa bahan yang diperlukan dan cara penyediaannya.

BUBUR SUP IKAN MERAH

Bubur nasi-masak secara berasingan

BAHAN-BAHAN UNTUK SUP IKAN MERAH

  • Isi ikan merah
  • Bawang holland
  • Lobak merah
  • Sawi
  • Daun sup
  • Kentang
  • Sawi
  • Chicken bone broth (dalam bentuk kiub)
  • Mix herbs
  • Minyak zaitun (extra virgin)

CARA PENYEDIAANNYA

  1. Tumis bawang holland dengan minyak zaitun smpai kekuningan.
  2. Kemudian masuk kentang, lobak merah dan mix herbs untuk naikkan bau wangi sup.
  3. Tambah air sedikit dan masukkan kiub chicken bone broth.
  4. Bila sup mendidih, baru masuk isi ikan merah, sayur sawi dan daun sup. Siap sup ikan merah.
  5. Kemudian ambil isi dalam sup dan kisar.
  6. Campurkan ia dengan dengan bubur yang sudah siap kisar. Gaul rata dan tambahkan sup ikan merah sebagai kuahnya. Siap untuk diberikan kepada bayi!

SUKA BERIKAN IKAN KEPADA ANAK

“Kita sebagai orang dewasa pun perlu lebihkan makan ikan berbanding ayam. Contoh ikan yang baik ialah salmon. Ikan adalah sumber protein semula jadi yang elok diambil.

“Saya akan selang selikan penggunaan antara ayam dengan ikan untuk penyediaan sajian anak. Isi ikan lebih lembut berbanding ayam menyingkat masa penyediaan dan memudahkan bayi menghadamnya,” kata Siti Nur Ezzah.

6 INFO IKAN KEPADA BAYI

  • Ikan berminyak seperti tuna , sardin, halibut dan salmon adalah sumber terbaik untuk omega-3 yang sihat.
  • Tetapi sardin tidak praktikal untuk memberi makan kepada bayi, dan halibut dan tuna lebih tinggi dalam merkuri.
  • Salmon adalah sumber terbaik DHA (asid lemak omega-3) dan ikan paling sihat untuk si manja.
  • Berikan bayi anda ikan yang mengandungi merkuri rendah.
  • Ikan merah ialah ikan yang berkalori rendah dan sumber protein yang baik. Sarat dengan selenium, vitamin A, potassium dan omega-3.
  • Selain itu, ikan mackerel (ikan kembung) ialah antara ikan yang kaya dengan omega-3. Ikan kembung juga kaya protein, vitamin B terutamanya vitamin B12.

Walau apa pun, untuk memastikan bayi mendapat nutrien penting untuk tumbesarannya, pastikan anda memberikan ikan secara sederhana. Jangan lupa pastikan si kecil mendapat makanan yang seimbang dari semua kategori makanan dalam piramid makanan.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...