loading...

Ini Sepatutnya Perkembangan Bayi 3 Bulan Boleh Buat. Bayi Anda Dah Boleh?

Perkembangan seorang bayi memang sangat pantas. Rasanya baru sahaja lahirkan anak tapi bila genap usianya 3 bulan, si comel dah pandai balas senyuman ibu dan ayah. Oh, bahagianya rasa!

Rasa seronok ada bayi sukar digambarkan dengan kata-kata. Dalam pada seronok, ibu ayah jangan lupa pantau perkembangan bayi. Sebagai ibu bapa, anda sepatutnya kena ada ilmu keibubapaan bagaimana cara terbaik membesarkan anak.

Selain itu perlu juga tahu perkembangan anak mengikut tahap sejak dia lahir lagi untuk memastikan si kecil membesar dengan normal. Jika ada sebarang ketidaknormalan maka mudahlah untuk ibu ayah membuat tindakan segera bertemu pakar bagi membantu mengesan dan merawat masalah yang dihadapi anak supaya tidak terbiar berlanjutan.

Kalau bayi anda kini sedang berusia 3 bulan, inilah tahap perkembangan yang sepatutnya dia telah capai mengikut Penolong Pengarah (Occupational Therapist) Kementerian Pendidikan Malaysia, Puan Mahfuzah Zainol.

Infant development at age 3 months

Pada umur 3 bulan, ibu bapa seharusnya boleh menyemak senarai perkembangan ini :

Membalas senyuman (membalas ye, bukan senyum sorang-sorang dalam tidur )

Memandang dan berpusing mengikut pergerakan objek pada anggaran jarak 30cm atau 1 kaki dari mata.

Mengeluarkan bunyi ‘cooing’ atau suara bayi. (Seolah-olah bercakap dengan bahasa bayi)

Menegakkan kepala apabila diletakkan pada posisi meniarap atau ‘prone position’. (Ini tummy time)

Menggerakkan tangan dan kaki secara aktif. Excessively.

Mula untuk memusingkan badan dari posisi terlentang kepada posisi meniarap. Seeloknya letak pada permukaan tilam yang rata.

Semasa bermain dengan bayi anda, boleh rangsang perkara-perkara ini.

Boleh goyangkan rattle di hadapan bayi untuk mendapatkan perhatiannya.

Bercakap dengan ekspresi muka dan nada suara yang penuh dramatik.

Kalau bercerita pun boleh sebab otak bayi boleh dirangsang melalui variasi nada suara dan mimik muka.

A little tips from an OT ummi.

Another tip, you are the parents of your child, you should know your baby the most. But be aware of any red flags in the development.

You will make a different in the future.

Sumber: Mahfuzah Zainol

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...