loading...

Bapa Mualaf Berjaya Didik Anak 2 Tahun Solat. Dengar Azan Terus Menjerit Minta Tudung

Memang betul apa yang dilihat akan ditiru. Selalu melihat kedua ibu bapa bersolat membuatkan Dhuhaa Sophea mula minat untuk menyertai mereka.

Dhuhaa Sophea Stumbrys yang pernah viral di laman sosial kerana kecomelannya pernah dinobatkan sebagai bayi tercantik di dunia sekitar tahun 2017. Anak perempuan berdarah kacukan Rusia- Malaysia ini kini menetap di Stockholm, Sweden.

Dhuhaa yang kini sudah pun menginjak ke usia 2 tahun 11 bulan. Ibunya yang merupakan bekas model muslimah, Siti Safura sering berkongsi di laman sosial Instagram tentang perkembangan terbaru Dhuhaa.

Pada usia yang masih kecil, Dhuhaa berminat untuk sama-sama mengikuti Safura dan bapanya, Asadullah Stumbrys solat. Malah obsesi positif ini menyebabkan si kecil ini peka dengan azan dan terus mengajak ibu bapanya bersolat.

Waktu ni , Daddy tengah ajar Sophea solat since sekarang dia suka sangat join kami solat. .

DENGAR AZAN AJAK DADDY SOLAT

Setiap kali dengar azan di phone kami, terus dia melompat-lompat ajak daddy solat ( kalau Daddy ada kat rumah ) tapi bila waktu azan Daddy tak ada kt rumah, dia akan tanya Mommy, “ Daddy go to masjid? “ sebab biasanya Daddy selalu bawa dia ke Masjid sama-sama

BAPA KATA U NEED TO COVER YOURSELF, DHUHAA MENJERIT MINTA TUDUNG

So semalam Daddy cakap , “ if u want meet and talk to Allah SWT , u need always to cover yourself with hijab and always be clean. And we need to take wudhu’ .

Sebelum nak practice solat tu, dia jerit-jerit kat Mommy minta nk hijab . Sweet sangat tengok dua beranak ni belajar solat.

IBU NAK HADIAHKAN TELEKUNG KANAK-KANAK UNTUK DHUHA SEMPENA ULANG TAHUN

Jadi Mommy terfikir nak tanya ada tak sesiapa tau kat sini yg jual telekung sekali sejadah untuk kanak-kanak, Mommy nak hadiahkan untuk Sophea sempena birthday dia September depan .. .

Kalau ada please komen kat bawah so Mommy boleh usha & pilih mana yang berkenan then i will send DM to u.. mana tau ada juga ibu bapa lain yg nak cari pakaian solat untuk anak-anak kecil dorang kan.

Sumber:

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...