Bila anak alami cirit birit dan muntah-muntah berpanjangan, jangan dibiarkan sahaja sebaiknya perlu periksa keadaan anak. Bimbang anak terkena jangkitan Rotavirus tanpa mama sedar. Banyak bahayanya malah mengundang nyawa anak lebih-lebih lagi bayi di bawah usia 2 tahun. Mama kena sentiasa pantau keadaan anak.
Perkongsian ibu ini, Puan Siti Baizura ini mama boleh jadikan panduan buat anak-anak kita. Cuba kenal pasti samada anak kita dijangkiti Rotavirus atau tidak. Penting bagi kita.
Minggu lepas ketiga-tiga anak saya kena jangkitan rotavirus, teruk sangat sampai diorang kena kuarantin. Kena pastikan sentiasa cukup air dan persekitaran kena sentiasa dinyah kuman.
Korang tahu tak level bahaya penyakit Rotavirus ini pada bayi dan anak-anak? Korang rasa berjangkit kepada orang dewasa tak?
Penyakit rotavirus ni kebiasaan ada kaitan dengan persekitaran atau pengendalian makanan dan minuman yang tak bersih dan boleh berjangkit melalui sentuhan.
So boleh jadi time korang bawak anak keluar main kat taman mainan atau pergi kedai makan ke, so banyak faktor la asbab boleh terkena ni.
Yang paling bahaya virus ni boleh tersebar kepada barangan yang pernah disentuh seperti perabot dan alat permainan. Tak pelik la kalau ketiga-tiga kena.
Tanda-tanda anak kena rotavirus adalah apabila mereka alami
-cirit (najis agak berbau)
-muntah teruk yang boleh menyebabkan dehidrasi (kurang air dalam badan).
-demam
So parent kena tahu, sebab macam saya awal-awal anak-anak kena saya ingatkan demam biasa sebab bermula dengan demam dan muntah dulu. Kitaorang dah ke klinik dah tapi doktor kata demam biasa dan muntah biasa.
Lama kemudian baru berak-berak pulak, saya ingat cirit birit pulak. Bila my husband call tanya salah sorang kawan doktor dia, terus kawan dia point mungkin anak korang kena rotavirus. Then lepas tu terus kami terus ke hospital.
Sepanjang dalam perjalanan ke hospital tu anak saya yang berumur 3 tahun memang muntah teruk sangat. Bawak la bag decathlon tu terus ha, dan baby pn memang muntah tak berhenti sampai la kat hospital sementara tunggu giliran pun masih muntah-muntah lagi.
Korang tau tak actually rotavirus ni boleh bawa maut tau untuk bayi bawah 2 tahun sebab asyik muntah dan boleh mengalami kekurangan air dalam badan, so tak mudah sangat la nak jaga anak-anak ni pun.
Yang paling susah hati dan risau, asal minum susu ja muntah terus, sampai one time baby reject terus minum susu. Pada waktu ni saya banyak bagi air kosong dan bagi makan bubur je. Tu pun saya suap sikit-sikit sebab kalau makan banyak terus akan muntah.
Penyakit ni boleh berjangkit kat orang dewasa jugak tau tapi kesannya taklah seteruk kena anak-anak yang kecik ni.
Rawatan pulak doktor kata memang takde sebarang antibiotik ka antivirus yang boleh bagi, hanya kena make sure anak-anak cukup air dan persekitaran bersih sahaja. Ubat yang dapat hanya ubat demam, ubat tahan muntah supp, dan air garam sahaja.
Anak-anak akan kena warded sekiranya mereka takda selera makan dan muntah berlanjutan. Anak-anak saya pulak nasib baik diorang mau makan dan mau minum air, cumanya tetap muntah berak. Solution saya macam saya kata tadi, bagi makan sikit-sikit tapi kerap. Taknak diorang rasa perut terlalu penuh dan muntah balik. Then bagi makan ubat tahan muntah dan minum air elektrolit.
Untuk anak yang alami muntah berak macam ni performance drink iaitu minuman elektrolit yang sangat sesuai diberi untuk menggantikan balik cairan dalam badan yang hilang dan gantikan tenaga yang hilang.
Bila dah setel semua fuhh time cuci karpet cuci habis segala cadar. Rumah mop habis dari atas sampai bawah. Baju tu tak payah cakap la muntah sikit salin, berak bocor sikit salin, maka berbakut bakul la kain baju nak kena basuh.
Solutionnya korang tau tak saya basuh kain rendam air panas dulu, then baru masuk mesin basuh campur dettol satu cap tu.
Untuk mop lantai kalau korang ada anak kecik yang masih merangkak takut chemical dan terjilat lantai boleh la pakai pencuci lantai yang organik dan selamat untuk baby. Sekarang ni Alhamdulillah semua anak-anak dah sihat. Memang lega sangat-sangat.