loading...

Dr Amalina Puas Hati Ainul Balik Malaysia Dengan Senyuman. Membesarlah Dengan Sihat!

Ketibaan Ainul Mardhiah ke Malaysia pagi tadi dengan selamat membuatkan seluruh rakyat Malaysia bersyukur. Penderitaan yang dilalui oleh Ainul sebelum ini telah mendapat perhatian pelbagai pihak hingga ketumbuhan seberat 200 gram dalam mulutnya berjaya dikeluarkan oleh doktor pakar di London.

Selepas dua bulan berada di London menerima rawatan, kepulangan Ainul telah membuatkan Dr Amalina Bakri berasa sedih setelah dia menganggap keluarga Ainul dah jadi sebahagian keluarganya.

Sebelum ini Dr Amalina dianggap wira oleh rakyat Malaysia kerana dialah hasrat kedua ibu bapa Ainul untuk merawat Ainul berjaya.

Dia yang bertanggungjawab menguruskan pembedahan itu bersama pasukan doktor pakar walaupun pembedahan itu dianggap berisiko tinggi.

Melalui laman Instagram, Dr Amalina memberikan ucapan dedikasi penuh emosi untuk adik Ainul dan keluarganya yang pulang ke Malaysia. Beliau berharap Ainul akan sihat dan membesar seperti kanak-kanak lain.

“I will miss you, Ainul. It has been an emotional journey , there were ups and downs but Ainul and her parents were really strong.” luah Dr Amalina.

Saya akan merindui awak, Ainul. Walaupun menghadapi kesukaran sebelum ini Ainul dan ibu bapanya sangat kuat dan tak berputus asa.

Tengok Ainul semakin hari semakin sihat buatkan saya sangat bersyukur. Tak sabar nak lihat Ainul membesar seperti kanak-kanak lain dan boleh berlari dan bermain di taman.

Terima kasih juga kepada anda semua (rakyat Malaysia) yang sudi menyumbang dan merealisasikan pembedahan berjaya.

Jangan lupa untuk datang ke London lagi dan kami di sini sentiasa merindui Ainul.

Susulan perkongsian Dr Amalina, rata-ratanya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Dr Amalina dan pasukannya.

Terima Kasih Dr Amalina!

Sumber: Dr Amalina Bakri

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...