loading...

“Rasa Bahagia Dapat Pegang Tangan, Isteri Bukan Milik Kita Tapi Amanah Allah Untuk Dicintai” – Ustaz Ebit Lew

Selepas anak-anak lahir, sememangnya masa suami dan isteri nak bermanja-manja makin terhad. Banyak masa ditumpukan untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil dan perlukan perhatian.

Pun begitu ia bukan alasan untuk kita, baik suami atau isteri melupakan tanggungjawab pada pasangan. Ambil sedikit waktu untuk pegang tangan dan ucapkan i love you pada isteri atau suami. Begitu kata Ustaz Ebit Lew berkongsi.

Tak perlu masa yang lama sebaliknya gunakan masa berkualiti untuk isteri. Masa ambil anak di sekolah seperti yang dikongsikan oleh Ustaz kita ni pun boleh, tak perlulah nak pergi jauh-jauh. Memang sweet. Paling penting kita tahu bagaimana cara nak hargai isteri kita di depan mata.

Ucap I Love You

Aduh. Ya Allah tuhanku..sebak rindu semua ada. Dapat peluang berdua-duaan dengan bidadari sayang dalam kereta nak pergi ambil anak balik sekolah. Rasa bahagia pegang tangan.

Nak berbual. Nak cakap i love u till jannah banyak-banyak kali. Makin hari makin rindu. Makin jatuh cinta sayang. Ya Allah jagakanlah bidadariku ini supaya dapat kami bersama mendapat RedhaMu dan jannatulFirdausMu.

Rumahtangga paling bahagia ialah rumahtangga Rasulullah saw. Jadilah orang paling baik dan romantik seperti Rasul saw. Bila pulang ke rumah baring atas riba isteri atau isteri baring di atas riba kita. Saling mengusap dahi dengan cinta dan kasih sayang.

Setelah berpenat berjuang di luar sana. Dakapan pasangan yang kita cintai ialah tempat paling indah. Mengubat segala duka dengan izin Allah. Rasulullah saw berpelukan menangis kerana keletihan dan diuji dengan pukulan, cacian, kesusahan yang amat dahsyat di luar sana..rumahku syurgaku.baiti jannati. Memuji dan memanggil isteri atau suami dengan panggilan paling disukai.

Wahai bidadariku yang menawan, yang cantik, kekasih hati teman hidupku. Menemuimu dalam hidup ini perkara yang terindah. Kaulah bulan. Kaulah matahari. Kaulah kurnia Allah yang terindah dalam hidup ini. Rasulullah saw memanggil isteri dengan gelaran dan panggilan terindah

  1. Mengusap tangan dan peha pasangan. Sambil ucap dan lafazkan sayang. Saya cinta dan sayang awak sampai syurga. Saya ingin terbang bersama sayang dalam syurga.

2. Berlemah lembut dan lunakkanlah suara bersama pasangan. Perkataan dari hati yang mencintai dan bersyukur. Mereka bukan milik kita. Tapi amanah Allah yang untuk kita cintai dan bawa bersama ke syurga.

3. Jangan sesekali berkasar, dengan wajah bengis, bahasa kasar semua orang lari darimu.

4. Mandi bersama dan bergurau semasa mandi bersama. Rasulullah saw mandi bersama isterinya. Dukung dan rapatkan pipi. Dengan kasih sayang dan manja.

5. Bergurau dan sekali sekala main kejar-kejar dengan pasangan bagi yang sihat. Berlari bukakan pintu rumah atau kereta bagi pasangan. Berebut nak angkat barang atau anak semasa bersama. Bersama dengan manja dan kasih sayang.

Kredit foto: @ebitlew

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...