Pernah tak main merangkak sama-sama dengan anak? Ibu bapa tahu tak, aktiviti ni bagus untuk koordinasi badan, motor kasar dan konsentrasi anak. Bila buat aktiviti ni, semua anggota badan digunakan serentak dan ia dapat menguatkan kaki dan tangan anak.
Menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim selain menguatkan kaki dan tangan anak, aktiviti merangkak ini juga dapat membantu meningkatkan kemahiran menulis anak. Bila otot tangan kuat, mudahkan untuk anak pegang pensil dan menulis tau📝😉
Mesti ada antara ibu bapa terfikir sama ada boleh ke aktiviti merangkak ni tingkatkan kemahiran komunikasi dua hala dan kemahiran sosial anak? Jawapan saya, mesti la boleh😊 Ajak satu family join main sama-sama. Kalau anak jiran nak join, ajak la sekali. Hehe😁
Sebab dari situ, dapat kita ajar kemahiran-kemahiran yang saya sebutkan tadi pada anak. Ibu bapa kena kreatif bila bermain dengan anak. Kalau tak ada tunnel macam dalam gambar ni, boleh je merangkak bawah meja. Kalau ada tunnel pun bagus. Nanti masa bermain, boleh selitkan perkataan macam “Jom masuk!” “Cepat adik!” “merangkak” “keluar” “Berdiri” untuk wujudkan komunikasi dengan anak.
Bila main ramai-ramai, ibu bapa boleh ajar anak kemahiran menunggu dan mengambil giliran serta kemahiran mengikut arahan. Jangan ramai-ramai masuk serentak. Tunggu seorang demi seorang masuk. Ajar anak untuk tunggu dan dengar arahan.
Nampak tak, bila bermain ni, macam-macam kemahiran anak kita dapat belajar. Sebab tu jangan biarkan anak main sendiri. Rugi tau!😊
Sumber: Aishah Kassim