loading...

Perancangan Allah Lebih Hebat. Penerbangan Pulang Ainul Dibatalkan Atas Sebab Tertentu

Kepulangan bayi kesayangan rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah yang sedang menjalani rawatan di London telah ditangguhkan ekoran masalah kesihatan yang dihadapinya.

Ainul Mardhiah yang bertolak dari United Kingdom sepatutnya dijadualkan tiba di Malayisia pada petang ini. Bagaimana pun kepulangan bayi ini terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya.

PENERBANGAN DIBATALKAN

Ibu saudara Ainul, Anis Sofiah Ahmad Razak, 22, berkata, penerbangan yang sepatutnya dijadualkan 9.30 malam tadi (waktu United Kingdom) dibatalkan 11.45 malam tadi.

“Abang beritahu, doktor tidak benarkan Ainul balik lagi namun tidak dimaklumkan punca jangkitan.

AMBIL ANTIBIOTIK & AKAN BERADA DI UK 2 MINGGU LAGI

“Ainul perlu mengambil ubat antibiotik semula sekurang-kurangnya seminggu dan mereka mungkin akan berada di sana (UK) selama dua minggu lagi,” katanya kepada NSTP di Melaka, hari ini.

Pa&Ma sebelum ini melaporkan bayi berusia 10 bulan itu, dijangka tiba di negara hari ini sebelum akan terus ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Ainul bersama bapa Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, dan isteri, Nurul Erwani Zaidi, 24, sudah bertolak dari United Kingdom (UK) 9.30 malam tadi (waktu UK).

Semalam Pa&Ma juga melaporkan Ainul akan dibawa pulang ke tanah air secara rahsia.

Artikel berkaitan: [Ainul Sampai Tengah Hari Ini. Terus Ke Hospital Buat Pemeriksaan] [Mama Ainul Umumkan Hari Ini Hari Terakhir Buah Hati Rakyat Malaysia Di London]

PERANCANGAN ALLAH HEBAT

Sementara itu, mama Ainul Nurul Erwani turut memuatnaik perkembangan Ainul menerusi Insta Story.

“Semua ini perancangan dari Allah. Kita hanya merancang tapi kita kena sentiasa ingat yang Allah punya perancangan lagi hebat.
“Bagaimana hebat pun seorang manusia itu merancang, tapi Allah jua lah yang tentukan mana yang terbaik untuk kita.
AINUL SUKA BUAT SURPRISE
“Saya mama kepada Ainul Mardhiah sangat berharap untuk sentiasa doakan anak saya sihat dan bertenaga setiap hari. Ainul sangat suka buat surprise kepada kami. Agaknya Ainul dah selesa tinggal kat London, Ainul rasa seronok dengan nurse dekat sini layan Ainul macam princess.
AKAN BERADA LAMA DI LONDON
“InshaAllah , kemungkinan kami akan berada lama sikit di London untuk pastikan Ainul dalam keadaan yang selesa untuk naik flight. Keawangan kami Alhamdulillah Allah masih cukupkan lagi dan terus beri rezeki untuk kami.
HARAP MEDIA BERIKAN RUANG
“Jangan risau pada kami. Dan saya harap pihak media haruslah beri ruang pada kami sekeluarga untuk jaga Ainul sebaiknya.
TIDAK MAHU PERKARA LAMA BERULANG
“Kami perlu cari jalan yang paling terbaik untuk Ainul setibanya di Malaysia. Saya tak mahu perkara lama berulang.
“InshaAllah bila tiba waktu yang tepat Ainul akan pulang ke Malaysia, saya akan beritahu. Cuma teruskan kirimkan doa pada Ainul di setiap solat anda semua yang sayang pada Ainul.”

Sumber: hmetro.com.my & _nrlerwani

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...