Trump!
Anda sudah biasa mengugut dan merasuah komuniti perniagaan. Anda sudah faham dalam perniagaan, wang menentukan segalanya. Maruah anda mungkin pernah dibeli dan anda juga mungkin pernah membeli maruah orang lain dalam pernigaan.
Cuma malang dan penuh celaka, dalam isu Baitul Maqdis – anda gagal membeli maruah 128 pemimpin hebat dunia.
Setelah dimalukan dengan 14 undi di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) yang menentang pengisytiharan Baitul Maqdis sebagai ibu negara Isreal minggu lalu, Presiden AS, Donald Trump menanggung malu berganda apabila dua pertiga anggota Perhimpunan Agung PBB (UNGA) turut menentang keputusannya malam tadi.
Trump tewas teruk. Hanya sembilan negara bersama AS menyokong zionis. Manakala 35 negara berkecuali dan tidak mengundi. Namun, paling jelas, 128 negara menyatakan pendirian tegas bahawa Baitul Maqdis bukan hak milik Israel sebagai tidak layak diiktiraf sebagai ibu negara Zionis itu.
Trump mencuba sedaya upaya sebelum pengundian bermula malam tadi. AS mengugut untuk untuk menarik balik bantuan kewangan pada negara-negara yang menentang mereka. Namun, usaha dan taktik politik paling kotor dalam sejarah pengundian UNGA itu, tetap gagal memenangkan misi Trump dalam usahanya membantu Israel.
Dua hari lalu, Trump dengan lantang mengugut untuk menghentikan bantuan kewangan kepada negara yang menyokong draf resolusi itu.
“Mereka ambil ratusan juta AS dolar, malah berbilion dolar daripada kita dan kini menentang kita,” katanya.
Dalam senario pengundian malam tadi, wujud kesepakatan sejagat menentang pengisytiharan Trump terhadap status Baitul Maqdis sebagai ibu negara Israel pada 6 Disember lalu.
Uniknya, hanya 57 negara OIC mengundi dengan membawa semangat yang dicapai di Turki minggu lalu. Jadi, maknanya 71 undi pro Palestin malam tadi diperolehi daripada negara bukan Islam.
Sudah pasti undi diperolehi daripada kalangan negara blok Eropah, Afrika, Amerika Latin dan Asia.
Lapan negara yang bersama AS belum diumumkan. Pastinya hanya tujuh negara yang ingin diketahui dunia, selain Israel antara lapan negara pro AS.
35 negara yang berkecuali tidak penting lagi, kerana Trump mengharapkan sokongan dan bukan pengecualian. PBB memiliki 193 keanggotaan negara dunia.
Keputusan undian menjadikan suasana di PBB semalam, sebagai hari paling celaka buat Trump. Malah, turut mencatat sejarah sebagai detik yang paling memalukan AS di PBB selama 8 dekad kewujudan badan dunia itu.
Pergi jahanam Trump.
Anda kini badut dunia yang diperlekehkan di PBB. Malah, keputusan undian malam tadi juga, menghantar isyarat jelas pada rakyat AS: Anda semua telah mengundi seorang badut sarkas hebat.
Trump kini sumber hiburan politik yang menyakitkan hati masyarakat dunia!
Loading...