loading...

Harn Lee Guna Penasihat Perundangan Untuk Protes Ganti Rugi Tanah

KUALA LUMPUR – Syarikat perladangan, Harn Len Corporation Bhd hari ini mengumumkan bahawa ia telah melibatkan barisan penasihat perundangan bagi mengemukakan dokumen-dokumen untuk membantah pampasan yang diberikan kepada subsidiarinya, Nusantara Daya Sdn Bhd (NDSB), membabitkan sebidang tanah di Johor Bahru.

Harn Len dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, berkata NDSB telah menerima surat dari Pejabat Tanah Johor Bahru pada 10 Dis 2017, mengesahkan bahawa sebidang tanah miliknya telah diambil alih untuk tujuan pembinaan loji rawatan kumbahan di kawasan Hulu Sungai Segget dalam Mukim Bandar Johor Bahru.

Pejabat Tanah Johor Bahru membuat satu perintah pampasan tanah pada nilai sebanyak RM16.52 juta, pada kadar RM3,700 setiap meter persegi.

“Memandangkan tawaran itu dianggap berada di bawah nilai pasaran, ia telah diterima di bawah protes. Oleh itu, NDSB telah menggunakan perkhidmatan pejabat perundangan Tetuan Clarence Edwin sebagai Penasihat Undang-undang untuk mengemukakan dokumen-dokumen bantahan mengenai pampasan yang diberikan kepada NDSB,” katanya.

Perkembangan lanjut bagi perkara di atas akan diumumkan kepada Bursa Malaysia Securities, katanya. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...